Tuesday, 4 November 2014

Permata yang Bersinar (PART IV)

        “Assalamualaikum,Kak Masya!”Rania memulakan rutinnya setiap petang Sabtu.Wajah ceria Rania menggembirakan Puan Marina.Rania membantu Amirah dengan mahir.Dia gembira dapat membantu Masya menguruskan Puan Marina yang tidak boleh berjalan.Sebelum Rania pulang,dia membawa Puan Marina pergi ke tepi pantai.Dia menolak kerusi roda dengan perlahan untuk memberi peluang kepada Puan Marina untuk merasai ketenangan.
        “Cikgu,Rania nak beritahu sesuatu…”Perlahan Rania menuturkannya.Air matanya sudah bergenang.Dia sukar untuk menahan tangisan.Malam tadi dia menangis bersama ibunya kerana tidak mahu berpisah.
        “Rania dapat tawaran belajar kat Rusia,bidang kedoktoran….”Air matanya mengalir juga.Puan Marina yang sedari tadi ceria terus hilang senyumannya.
        “Mesti cikgu rindu Rania nanti….”Hanya itu yang mampu diungkapkan oleh Puan Marina kerana dia sudah teresak-esak.Sungguh dia tidak mahu berpisah dengan Rania.Dia akan merindui Rania nanti.Dia tidak sanggup.Setiap apa yang dilakukan oleh Rania akan sentiasa terbayang di mindanya dan akan membuatkan dia rasa sedih.Pertolongan yang selalu dihulurkan oleh Rania akan sentiasa diingati dan mahu diulangi supaya kekosongan hidupnya sentiasa berisi.Kedatangan Rania dalam hidupnya cukup memberikan ketenangan dan kegembiraan dalam hidupnya.Senyuman dan tawanya sungguh mendamaikan.Tentu Rania juga terlalu bersedih kerana dia juga menangis teresak-esak.Mungkin mengambil masa yang lama untuk dia membiasakan diri di tempat yang baru nanti.Mungkin juga bertahun dia tidak pulang ke Malaysia.Dalam kesedihan,Rania bertekad untuk mencapai impiannya iaitu untuk menjadi doktor pakar bedah tulang.Setelah agak lama mereka berada di tepi pantai,Rania membawa Puan Marina pulang.Wajah muram Puan Marina membuatkannya lebih berasa sedih.Dia akan berpisah dengan keluarganya dan Puan Marina.Sungguh berat hatinya untuk berpisah dengan mereka.Rania kembali membawa dirinya ke tepi pantai untuk menhilangkan perasaan sedihnya ke laut.Dia cuba menahan tangisan tetapi air matanya mengalir juga.Dia duduk di atas pasir dan membuang pandangannya ke laut.Pengunjung yang datang ke pantai tidak dihiraukannya.Dia mahu menenangkan perasaannya seorang diri.
“Menangiske?”Suara perlahan Amran membuatkan Rania terkejut.Amran terus duduk di sebelah Rania.Rania yang malu terus  mengesat air matanya.Rania berasa lebih terkejut apabila Amran menghulurkan sapu tangannya yang berwarna biru kepada Rania.
“Aku dengar kau nak sambung belajar ke Rusia…Hebatlah kau!”
        “Awak ape kurangya….Nanti,awak jagelah ibu awak…Boleh saye tanye khabar die selalu…”Kata-kata Rania membuatkan Amran mencebik.
        “Aku tak nak jage die!Aku masih marahkan die!Kau tak faham perasaan aku!”Amran meninggikan suaranya.
        “Amran,awak tak boleh cakap macamni.Die ibu awak!Die yang melahirkan awak!Cubelah bukak hati awak….Jangan berdendam!Bukan die yang bersalah dalam penceraian yang berlaku!Awak tak boleh letak kesalahan tu pada ibu awak saje!Awak kene terime!Ibu awak tengah sakit,die perlukan sokongan!Kalau bukan awak yang beri,susah untuk die menerime sokongan daripada orang lain…Jagelah die,sayangilah die selagi die ade…”Suara tegas Rania membuatkan Amran terpempan.Amran termenung.
        “Buang ego awak,minta maaf dengan ibu awak,ubah sikap awak….Saye kecewa dengan awak…Saye ingat awak handsome,pandai,awak seorang anak yang baik.Tapi,awak membuatkan kepercayaan saye kepade awak jatuh.Awak tak seperti yang saye sangka!Awak melukakan hati ibu awak!Jujur saye katekan,saye minat dengan awak.Tapi,lepas ape yang saye tengok,hati saye berubah…Berubahlah,Amran…”Ikhlas Rania menasihatkan Amran.Amran hanya terdiam dan termenung.Dia mahu membalas kata-kata Rania tetapi,dia mengakui kesalahannya.Lama dia termenung sehinggalah Rania bangun.
“Kau…Kau nak pergi mane?”
        “Nak baliklah…Kan dah nak Maghrib?Nah….”Rania menghulurkan sapu tangan Amran sambil tersenyum manis.Tidak disangka-sangka,Amran membalas senyumannya membuatkan dia malu.Amran bangun.
        “Ambiklah…Bawak pergi Rusia tau!Kalau kau rindu aku,tengoklah sapu tangan tu….”Kata Amran sambil berlalu pergi meninggalkan Rania yang kaku.
                ……….
Rania menghempaskan badannya di atas katil yang empuk.Dia berasa sungguh penat selepas menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarahnya.Dia mencapai telefonnya.Dia sudah berjanji untuk menelefon Amran pada setiap hari Ahad.Misinya hanya satu.Dia mahu bertanya khabar tentang keadaan Puan Marina.Dia juga mahu bercakap dengan Puan Marina kerana Amran akan pulang ke rumahnya setiap hujung minggu.Amran melanjutkan pelajarannya dalam bidang Kejuruteraan Awam di Politeknik Melaka selama tiga tahun.
        “Hello,Assalamualaikum…”
         “Waalaikumussalam orang Rusia…How are you?”Amran ketawa.
         “I’m fine,Amran…Cikgu Marina macammane?Okay?Die ceria,tak?”
         “Alhamdulillah…Die okay je…Now,die ade kat bawah pokok,berbual dengan ibu awak…Ceria je…”Amran tersenyum lebar.
“Rindunya kat cikgu and my family!!!Next week,kite skype tau!Nak tengok muke mak and cikgu…”
         “Dengan saye,tak rinduke?”Amran ketawa.Rania sudah tersipu-sipu malu.Sejak Amran berbaik dengan Puan Marina dan Rania,dia suka mengusik Rania.Hubungannya bersama Puan Marina semakin erat.Nasihat yang diberikan oleh Rania amat terkesan di hatinya.Dia tidak sepatutnya mengabaikan wanita yang telah melahirkannya ke dunia.Dia tidak mahu menyimpan dendam kepada ibunya jika mahu berjaya di dunia dan akhirat.Kasih sayang Rania terhadap ibunya membuatkan dia tersedar dan berubah.
        Rania sudah tidak sabar-sabar lagi untuk pulang ke pangkuan keluarganya.Setelah lima tahun dia berjuang untuk mencapai impiannya,akhirnya dia  pulang ke Malaysia.Tempoh lima tahun amat panjang baginya.Dia terpaksa menahan rindu dengan tangisan.Dia terpaksa tabah dan cekal untuk menjalani kehidupan di negara orang.Susah senangnya di Rusia meninggalkan kenangan yang indah dalam hidupnya walaupun berjauhan dengan keluarga.Rania sudah terbayang wajah-wajah insan yang disayanginya termasuk Puan Marina.Setiap senyuman yang dihadiahkan kepadanya amat dihargai dan membuatkan hatinya sentiasa bersemangat untuk terus hidup di bumi orang.
                ……….
Keluar sahaja dari balai berlepas,Rania terus berlari mendapatkan keluarganya.Rania menangis teresak-esak sambil memeluk Puan Fatimah.Dia sungguh gembira dapat bertemu dengan keluarganya.Dia mencari-cari kelibat Amran dan Puan Marina tetapi,tidak kelihatan.Dia cuba menahan sedih dengan  melepaskan rindu yang menebal dalam dirinya kepada keluarganya.Saat dia memusingkan badannya ke belakang,dia ternampak seorang wanita di atas kerusi roda sedang tersenyum kepadanya.Rania terus mengalirkan air matanya.Sungguh dia merindui insan yang bergelar guru itu.Dia melepaskan beg di tangannya dan berlari ke arah Puan Marina.Pelukan yang erat diberikan kepada Puan Marina yang sudah menangis teresak-esak.Ciuman juga diberikan disertai dengan pelukan yang masih tidak dilepaskan.
        “Cikgu,cikgu sihat?”Rania masih menangis.Puan Marina mengangguk perlahan.

        “Rania,tengok kat sane!”Puan Marina menyuruh Rania memandang ke kanan.Seorang lelaki kacak yang tinggi lampai sedang berjalan menuju ke arahnya.Rania terkejut.Amran datang membawa sejambak bunga ros yang berwarna-warni sambil menhadiahkan senyuman yang menawan.Rania tersenyum indah.Dia masih tidak mempercayai apa yang dilihatnya.Saat Amran menyerahkan bunga kepadanya,ahli keluarga Rania terus ketawa.Pasti ada berita gembira yang menantinya pada esok hari.
NOTE: Atas permintaan penulis. anda boleh komen/cadangkan idea korang. Insyaallah dia akan bina cerpen lagi. ^^ stay tuned.
Assalamualaikum…saya memang amat meminati bidang penulisan.Saya akan cuba memperbaiki kelemahan dari hari ke hari supaya saya dapat menghasilkan karya yang terbaik dan mendapat tempat di hati pembaca.Terima kasih saya ucapkan kepada ibu bapa saya,Puan Fatimah dan Encik Zaidi,keluarga saya,guru-guru saya terutamanya Puan Halimah yang memberikan tunjuk ajar kepada saya untuk menghasilkan cerpen ini,kawan-kawan dan orang yang sentiasa menyokong saya.SELAMAT MEMBACA!!!!

Permata yang Bersinar (PART III)

        “Ya Allah!Amran,sampai hati awak cakap macamtu?Ibu awak yang jage awak selamani.Awak jangan jadik macam kacang lupakan kulit,Amran.Awak baru 15 tahunlah,Amran.Cube awak hidup sendiri tanpa bantuan sesiapa,bolehke?Awak sepatutnya menjage ibu awak bile die sakit.Kenape awak macamni?!”Rania meninggikan suaranya.Amran membaling pinggan ke lantai dan terus masuk ke dalam biliknya.Rania cuba bersabar.Kalau diikutkan hati remajanya yang sedang membara dengan api kemarahan,mahu sahaja dia bergaduh dengan Amran.Tetapi,apabila dia mendengar suara tangisan Puan Marina,dia terpaksa menahan perasaannya itu.Rania mengelap air mata Puan Marina yang mengalir deras.Dengan spontan,Rania memeluk Puan Marina yang sudah teresak-esak.Rania cuba mendamaikan hati Puan Marina.Petang itu,sebelum pulang,Rania membantu Puan Marina mandi.Dengan penuh kasih sayang,dia memapah Puan Marina yang lemah ke bilik air dan menyediakan pakaiannya.Pinggan mangkuk yang kotor juga dia bersihkan.Dalam kemarahan,Rania masih ada sifat baik hati dengan memasakkan lauk lemak pucuk ubi untuk Amran.Dia berharap Amran akan berubah dan lebih memberikan perhatian kepada ibunya.
                ……….
        “Mak,ayah….Rania nak buat homework dekat tepi pantai,boleh?Ade task Sejarah yang Cikgu Marina bagi.”Rania meminta izin.Selepas ibu dan bapanya memberikan keizinan,dia melangkah dengan laju kerana dia tidak sabar untuk berjumpa dengan pantai.Semasa dia berjalan keluar,Puan Marina memanggilnya.
“Rania nak pergi mane?”
        “Pantai.Nak buat task yang cikgu bagi.Cikgu nak ikut?Boleh lepaskan tekanan…”Rania berharap Puan Marina akan mengikutnya kerana dia mahu bertanya jika dia tidak faham.Puan Marina mengangguk laju dan menyertai langkah Rania.Semasa mereka berdua berjalan,mereka berbual-bual kosong untuk mengelakkan tekanan.Apa yang membuatkan Puan Marina selesa ialah Rania memegang tangannya semasa berjalan,mungkin mengetahui tahap kesihatannya yang tidak menentu dan sering sakit.Cara mereka seperti kemesraan antara ibu dan anak.Puan Marina begitu menyayangi Rania yang selalu membantunya dan menceriakan hidupnya.Sebelum Rania membuat tugasan yang diberi,dia menarik tangan Puan Marina dan membawanya bermain dengan air laut.Mereka tidak kisah dibasahi dengan air laut.Aksi Rania yang menenangkan hati Puan Marina membuatkan dia ketawa dan selalu ceria.Rania memercikkan air ke muka Puan Marina dan dengan pantas,Puan Marina membalasnya.Selama satu jam,mereka berseronok bermain dengan air laut.Hidup Puan Marina yang sentiasa sunyi selama ini sudah ada penghibur yang boleh menggembirakan hidupnya.Biarlah fizikal Rania tidak secantik orang yang kurus tetapi,akhlaknya sangat baik.Tiba-tiba,Puan Marina memeluk Rania dari belakang yang leka mendongak ke langit dan melihat burun-burung berterbangan.
        “Cikgu sayangkan Rania macam anak sendiri.Dah setahun Rania selalu tolong cikgu,ceriakan hidup cikgu…Tak tahulah kalau cikgu dapat merasainya lagi  nanti…Cikgu gembira dapat tengok Rania selalu….Terime kasih…”Puan Marina mengalirkan air matanya.Dia begitu terharu dengan layanan ikhlas daripada Rania yang tidak pernah mengeluh.Rania tersentak.Tidak semena-mena,air matanya mengalir di pipi.Sungguh dia tidak percaya dengan penghargaan yang diberikan oleh Puan Marina.Dia tidak menyangka selama ini Puan Marina sangat menyayanginya.
        “Cikgu,janganlah nangis.Saye sensitif kalau orang menangis…Cikgu,jujur saye katekan,saye gembire dapat gembirekan cikgu…Saye pon sayang cikgu…InsyaAllah,kalau saye dipanjangkan umur,saye akan sentiasa jage cikgu dan ibu bapa saye sampai akhir hayat saye…Okay?”Rania memujuk dengan ikhlas.Lama mereka berpelukan.Pelukan seperti ibu dan anak itu disertai dengan pemandangan indah lautan yang terbentang luas dihiasi dengan burung-burung yang bebas berterbangan di langit.Setelah agak lama,Puan Marina melepaskan pelukan dan memimpin tangan Rania menuju ke meja kayu di bawah pokok.Wajah muram Rania membuatkan Puan Marina mendapat satu idea untuk menghiburkannya.
“Anak cikgukan handsome…..ramai peminat pulak tu…”kata Puan Marina.Rania mengerutkan keningnya.
        “Memanglah Amrantu handsome,ramai peminat,cute like a Korean,menarik perhatian,tegap walaupun baru 16 tahun…”Tiba-tiba,Rania menjadi naif.Dia tidak dapat mengagak usikan Puan Marina.
        “Raniakan cakap nak sentiase jage cikgukan sampai akhir hayat?Cikgu ade satu idea untuk membuatkan Rania selalu jage cikgu….Idea ni memang bernas dan sentiasa diingini oleh remaja perempuan yang kenal Amran…”Puan Marina sudah tergelak melihat riak muka Rania yang sedang bingung mencari jawapan.
        “Ape idea tu?Saye pon terfikir macammane nak jage cikgu selalu kalau saye kahwin nanti…”
“Rania kene kahwin dengan Amranlah!!!”Puan Marina mula melarikan diri.Rania yang tidak memahami tadi baru tersedar.Dia malu dan dalam masa yang sama,dia mahu mengejar Puan Marina yang mengusiknya tadi.Mereka berkejaran sambil bergelak ketawa.Tiba-tiba,Puan Marina terhenti dan memerhatikan sesuatu.Kelihatan Amran sedang melepak bersama kawan-kawannya di tempat yang selalu dia pergi.Puan Marina membuta keputusan untuk pulang tanpa menoleh belakang.Rania tercengang.Selepas beberapa ketika,barulah dia menyedari apa yang berlaku.Puan Marina berasa sedih dan marah dengan Amran.Hati ibu sukar diduga.Sabarnya ibu ada batasnya.Kasihnya ibu tiada penghujungnya.Walaupun Puan Marina nampak berlembut dengan Amran,dia juga mempunyai perasaan.Mungkin selama ini,dia mengalah.Tetapi,kalahnya dia bukan kerana dia lemah tetapi,mahu memberi anaknya peluang untuk berubah.Hati Rania juga sakit melihat perbuatan Amran yang tidak pernah serik walaupun dimarahi.Akhirnya,Rania pulang tanpa menyiapkan tugasannya.Dia tidak mempunyai semangat untuk menyelesaikannya selepas melihat apa yang berlaku.Biarlah kesedihan itu ditinggalkan tanpa dibawa pergi.
               ……….
Pagi Jumaat yang indah dan barakah.Rania hanya berehat di rumah kerana dia baru selesai menjalani peperiksaan akhir tahun Tingkatan Empat.Dia hanya mahu merehatkan mindanya di rumah kerana petang nanti dia mahu pergi ke pantai bersama Puan Fatimah dan Puan Marina.Dia sudah tidak sabar-sabar lagi mahu bermain air  dengan mereka.Jeritan Amran membuatkan Rania lekas-lekas bangun dan mencapai tudungnya.Puan Fatimah dan Encik Zaidi juga berlari keluar dengan cepat.Rania ketakutan.Dia menggagahkan diri untuk keluar.
        “Kenapa,Amran?”Dengan cemas,Puan Fatimah bertanya.Air mata yang bergenang di dalam matanya cukup membuatkan hati Rania terseksa.
        “Ibu,ibu…..ibu….”
                ……….
Air mata Rania deras mengalir di pipi gebunya.Dia tidak dapat mengungkapkan kata-kata.Kesedihannya melihat sekujur tubuh yang lemah di depan matanya membuatkannya kaku dan tidak bergerak.Dia terkejut.Penerangan yang diberikan oleh doktor tadi sungguh menyentap perasaannya.Dia cuba menenangkan hatinya tetapi,kenangan indah antara dia dan Puan Marina sering bermain di fikirannya sehinggakan dia hampir hilang pertimbangan.Mujurlah Puan Fatimah memeluknya dan menenangkannya.Rania menangis teresak-esak dalam pelukan ibunya.Rania menunggu peluang untuk berjumpa dengan Puan Marina kerana Puan Marina diziarahi dengan saudara-maranya yang jauh dan jarang sekali bertemu.Kesedihan Rania lebih meningkat selepas Amran menelefon saudara-maranya untuk memaklumkan kejadian yang berlaku,dia terus menghilang entah ke mana.Rania geram dan bengang dengan sikap keras kepala Amran.Selepas saudaranya pulang,Rania pantas memeluk Puan Marina sambil menangis.Puan Fatimah dan Encik Zaidi hanya memandang,mungkin memberi peluang kepada Rania untuk bersama Puan Marina.
     “Maafkan cikgu sebab tak dapat teman Rania pergi pantai….”Puan Marina sudah mula menangis dan menyambung lagi,
“Lepasni pon tak boleh….Cikgu tak boleh jalan lagi…”Kata-katanya membuatkan Rania semakin menangis teresak-esak.Dia meletakkan kepalanya di atas dada Puan Marina.
      “Cikgu boleh pergi pantai,cikgu boleh….Rania boleh bawak…Cikgu mesti boleh pulih nanti,InsyaAllah…..Rania akan jage cikgu….”Rania masih memeluk Puan Marina.Dia masih tidak berhenti mengalirkan air mata.Dia bertekad mahu menjaga Puan Marina pada malam tersebut.Walaupun dihalang,sayangnya kepada Puan Marina membuatkan ibu bapanya tidak boleh berkata apa-apa.Mujurlah dia tidak bersekolah esok.
                ……….
Bermulalah kehidupan Puan Marina yang lumpuh daripada pinggang ke bawah.Dia terpaksa meninggalkan dunia pekerjaannnya sebagai guru.Dia terpaksa menghabiskan masanya dengan duduk di rumah sahaja.Walaupun begitu,Amran masih tidak berubah.Dia seperti berdendam dengan ibunya.Dia tidak menghiraukan keadaan ibunya yang semakin membimbangkan dari hari ke hari.Mujurlah seorang sepupu perempuannya yang tidak bekerja sanggup menjaga Puan Marina sepenuh masa.Rania juga tidak kurangnya.Semasa dia sibuk menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia,dia tetap meluangkan masa bersama Puan Marina.Walaupun dihalang oleh Puan Marina,Rania masih tetap dengan keputusannya.Mujurlah Rania seorang pelajar yang bijak dan pandai membahagikan masanya.

        “Mak,petangni,Rania nak tolong mandikan cikgu tau!”Rania meminta izin.Dia tidak pernah melupakan Puan Marina.Perasaan sayangnya semakin bertambah dan tidak pernah berubah.Rania berjalan ke rumah Puan Marina.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...