Tuesday 28 October 2014

kita sahabat

Karya Nur Aainaa Nadirah Suedan
     Aisya Athirah duduk dihadapan sebuah kubur. Tangannya mula mencabut rumput-rumput yang mula menutup tanah kubur itu. Air mata mula menitis tanpa dia sedari. Perasaan sayu dan sedih menerpa ke dalam dirinya.
     “ Maafkan aku sebab dah lama tak jenguk kau dekat sini.” Ujar Aisya sendiri. Dia memandang seorang wanita danseorang kanak-kanak kecil yang tidak jauh dari sini. Mungkin menziarahi kubur saudara terdekat mereka.
     “ Aku rindukan kau. Rindu sangat. Mesti kau pun rindukan akukan?” Ujar Aisya. Kepalanya terimbas kenangan 10 tahun yang lalu. Dia melihat seorang pelajar perempuan menangis akibat diejek, dikeji oleh sekumpulan pelajar lelaki. Pada masa itu, dia datang untuk mempertahankan pelajar perempuan itu. Dia memukul pelajar lelaki itu sehingga mereka berlari lintang-pukang. Dia terus membawa pelajar perempuan itu ke kantin.                                                                         
“ Kau duduk dulu dekat sini. Kejap lagi aku datang.” Ujar Aisya.                                                
“ Kau nak pergi mana?” Tanya Zahra.
“ Kejap je, karang aku datang balik. Kau tunggu sekejap je.” Kata Aisya.                                       
“ Hm, ok. Kau datang balik tau.” Kata Zahra.                                                                                    
     “ Maggi!!! Gemuk!!! Hahaha.” Satu suara yang cukup dikenali. Pelajar lelaki itu menolaknya sehingga terjatuh ke lantai sambil mengejek pelajar perempuan itu. Ada juga yang menyimbah air sirap kepada pelajar perempuan itu. Habis basah bajunya. Pelajar-pelajar lain yang berada di kantin hanya melihatnya dan pertawakan pelajar perempuan itu. Nasib baiklah Aisya datang tepat pada waktunya.                                                                                                                              
     “Oi! Kau nak apa hah?! Berambus!”Pekik Aisya sambil meletakkan makanan dan minuman serta kain basah di atas meja. Zahra mula menangis kerana malu. Pelajar-pelajar yang berada di kantin terkejut dengan pekikan itu lalu mereka semua secara automatik terdiam daripada ketawa. Semua memandang antara satu sama lain. Aisya mengambil kain basah dari atas meja lalu mengelap muka dan lengan Zahra.                                                                                                          
“ Terima kasih…”                                                                                                                                
“ Sama-sama. Asal kau tak lawan balik?” Tanya Aisya sambil menghulurkan makanan dan minuman.                                                                                                                                               
“ Ayah aku selalu berpesan, jangan balas balik kalau orang buat kita. Dia kata jangan buat hal dekat sekolah. Sebab itulah aku tak lawan balik.” Jawab Zahra.                                                     
“ Tapi, kau kena pertahankan diri kau. Kau suka orang buat kau macam ni? Kau suka?”                    
 “ Memang aku tak suka. Aku tak nak susahkan ayah aku. Lagipun aku mana reti lawan.” Katanya.                                                                                                                                        
“ Aku pun tak reti lawan. Dah, jom kita balik kelas.” Ajak Aisya. Zahra hanya membuntuti Aisya hingga ke kelas. Mereka masuk bersama-sama. Aisya duduk di bahagian tengah di hadapan manakala, Zahra duduk di bahagia tepi di belakang.
Najlaa yang baru sahaja masuk ke kelas terus mendapatkan Aisya.                                                   
“ Aku dengar tadi kau mengamuk dekat kantin.” Kata Najlaa sambil melabuhkan punggungnya di kerusi disebelah Aisya.                                                                                                               
“ Mana ada aku mengamuk. Aku cuma pertahankan budak baru tu je. Kasihan aku tengok dia. Baru je masuk dah kena ejek.” Cerita Aisya. Najlaa terus berpaling ke belakang melihat pelajar baru itu. Terdetik juga di hati rasa kasihan kepadanya.                                                                
“ Apa kata kita kawan dengan dia.” Cadang Najlaa.                                                                        
“ Aku pun rasa lebih baik macam tu. Nanti kasihan dia asyik kena ejek je. Dahlah tak ada siapa nak berkawan dengan dia. So, kalau dia kena ejek atau apa kita berdua kena pertahankan dia. Boleh?” kataku. Najlaa mengangkat ibu jarinya di hadapan Aisya. Mereka berdua tersenyum.
Kringgg! Kringgg! Kringgg!
Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu persekolahan sudah pun tamat. Aisya dan Najlaa cepat-cepat mendapatkan Zahra. Aisya datang menyapa Zahra sambil menghadiahkan sebuah senyuman manis kepadanya.
“ Nak kawan dengan kita orang tak?” tanya Najlaa sambil tersenyum. Zahra sedikit terkejut dengan pertanyaan Najlaa. Bagaikan mimpi apabila ada orang menanyakan soalan itu kepadanya. Mana tidaknya, selama dia di sekolah ini tiada seorang pun yang ingin berkawan dengannya. Semua menjauhkan diri daripadanya. Maklum sajalah, dia seorang yang gemuk, berambut maggi, muka pun tidak cantik.                                                                                             
“ Betul ke kau orang nak berkawan dengan aku?” tanya Zahra ingin kepastian. Aisya dan Najlaa tersenyum dengan pertanyaan itu.                                                                                                           
“ Kalau kau sudilah. Kalau tak sudi takpelah.” Gurau Aisya.                                                  
“ Kalau kau orang sudi terima aku sebagai kawan, aku on je. Terima kasih.” Kata Zahra. Tidak dapat dibayangkan perasaannya kini. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaannya sekarang. Manakan tidak, sekarang dia telah mempunyai dua orang kawan yang baik. Bibirnya tidak berhenti menguntum senyuman.
“ Masa tu kita baru tingkatan tiga. Sejak dari peristiwa itu, kita bertiga mulai rapat. Ke mana-mana mesti bertiga.” Ujarku sendiri. Air mata mengalir laju. “ Aku suka usik kau. Baby panda montel! Itulah panggilan kau yang selalu aku panggil. Najlaa pula aku suka panggil dia teddy. Hahaha.” Ketawa Aisya sendiri. Kawan-kawan aku semua comel, itulah aku bagi gelaran yang comel dekat kau orang. Tapi kau dengan Najlaa tidak pernah marah pun bila aku panggil kau orang macam itu. Kita berkawan sampailah kita sekolah menengah. Tidak sangka persahabatan kita bertahan sehingga sekarang.                                                                                                               
“ Kau ingat tak parut dekat lengan aku dan dekat tapak tangan Najlaa?”                                          
“ Hahaha, ini parut masa aku dengan Najlaa nak selamatkan kau dari bergaduh dengan pelajar perempuan dekat kelas kita tu. Dia orang dengki dengan kau ah tu sebab kau baik dengan kita orang. Dahlah masa tu aku dan Najlaa takde dekat dalam kelas. Takde siapa nak pertahankan kau. Nasib aku dan Najlaa tergerak hati nak balik ke kelas cepat. Rupa-rupanya, sahabat aku dalam kesusahan. Aku apa lagi bila tengok kau kena pukul semua. Darah aku naik dan aku terus mengamuk. Aku ketuk meja kuat gila sampai pelajar lain terkejut. Time tu kelas kita macam dah jadi panggung wayang free dah. Pelajar-pelajar dari kelas lain turut melihat pergaduhan itu. Zairina tolak kau ke tingkap, aku dan Najlaa cepat-cepat datang ke belakang kau takut kau terkena cermin. Last-last tangan aku dengan Najlaa yang terkena cermin. Darah mengalir laju masa tu. Semua orang terdiam. Pergaduhan tu berhenti bila guru disiplin datang ke kelas kita. Aku dengan Najlaa dibawa ke bilik kesihatan untuk mencuci luka. Kau pun ada masa tu. Kau balut tangan aku dengan Najlaa sambil menangis. Aku dengan Najlaa tak dapat tahan ketawa bila tengok kau menangis. Kelakar gila muka kau bila kau menangis. Dah macam badut aku tengok.”
Aisya menangis lagi. Air matanya tidak dapat ditahan. Hatinya terlalu sedih apabila teringat akan persahabatannya. “ Kau ingat tak sejak dari kes hari tu, semua orang tak berani kacau kau. Tapi sebaliknya, dia orang nak berkawan dengan kau. Yelah, kau dah tak selekeh macam mula-mula kau masuk sini dulu. Kau berkawan dengan semua orang. Lepak pun, lepak dengan dia orang. Aku dengan Najlaa, berilah peluang itu dekat kau. Aku tahu kau gembira ada kawan ramai. Memanglah aku sedih tapi nak buat macam mana. Setiap hari aku tengok muka Najlaa je. Bosan juga aku asyik tengok muka dia je. Hehehe.”
“ Naj, aku tengok kawan kita seorang tu gembira je.” Kata Aisya.                                                    
“ Itulah, aku pun rasa macam tu. Biarlah dia gembira dulu. Nanti dia ada problem tahulah dia cari kita.” Katanya sedikit kecewa.                                                                                                 
“ Aku rindulah nak lepak dengan dia. Asyik tengok muka kau je. Hahaha.”                                    
“ Samalah dengan aku. Hm.”
Esoknya Zahra datang sambil memegang sesuatu di tangannya. Riak muka Zahra sangat gembira. 
“ Wehh, aku dapat hadiah. Lawa tak? Ni Intan bagi aku.” Katanya dengan penuh gembira.                                                                                                                                          
“ Hahh, baru nampak muka kau. Ingat dah tak nak dah datang dekat kita orang. Ingat dah lupa dah.” Kata Najlaa.                                                                                                                                     
“ Alaa, aku mana ada aku lupa dengan kau orang. Kau orangkan sahabat dunia akhirat aku.” Balas Zahra.                                                                                                                                     
Anyway, hadiah tu lawa. Untunglah kau.” Kata Aisya sambil tersenyum nipis. Zahra terus pergi dari situ dan kembali lepak dengan kawan-kawannya.                                                                 
Semasa Aisya dan Najlaa hendak menuju ke perpustakaan, mereka terdengar suara-suara jahat yang sedang merancang sesuatu untuk mengenakan seseorang di dalam stor. Aisya dan Najlaa berasa ada sesuatu yang tidak kena. Mereka menghampiri pintu stor perlahan-lahan agar mereka dapat mendengar suara-suara itu dengan jelas. Mereka terdengar bahawa Mimi dan kawan-kawannya merancang ini mengenakan Zahra semasa mereka hang out pada hari Sabtu ini. Aisya dan Najlaa saling berpandangan. Mereka terus pergi dari situ dan membatalkan niat untuk ke perpustakaan. Mereka berlari terus mencari Zahra di kelasnya. Nasiblah Zahra ada di kelasnya. Mereka masuk ke dalam kelas, lalu menghampiri meja Zahra.
“ Zah, ada benda aku nak bagitahu ni.” Kata Aisya.                                                                         
“ Apa dia?” balasnya pendek.                                                                                                                     “ Aku rasa lebih baik kau tak payah pergi hang dengan Mimi Sabtu ni.”                                               “ Aku dah janji dengan dia orang nak keluar Sabtu ni. Aku kena pergilah.”                                      “ Aku tak sedap hatilah kalau kau keluar dengan dia orang. Aku dengan Naj terdengar tadi yang dia orang dah rancang sesuatu untuk kenakan kau.”                                                                          “ Eh, takdelah. Dia orang baiklah. Tak mungkin dia orang nak buat macam tu dekat aku. Dia orang janji nak bawa aku pergi karaoke.”                                                                                         “ Betul, aku tak tipu kau. Aku rasa dia orang ada niat jahat dekat kau Zah. Dengarlah cakap kita orang. Kau jangan pergi ya?” kata Najlaa.                                                                                     
“ Takpe, aku pandai jaga diri aku. Kau janganlah risau.” Kata Zahra yang masih dengan pendiriannya.                                                                                                                                               “ Hm, takpelah. Kalau kau nak pergi sangat, kau pergilah. Tapi jangan lupa kalau ada apa apa hal cepat-cepatlah call kita orang.” Kata Aisya sedikit kecewa. Mereka dah cuba untuk meyakinkan Zahra tapi apakan daya dia tetap dengan pendiriannya.
Hari Sabtu pun tiba akhirnya. Apa yang dirancangkan oleh Zahra dan kawan-kawannya untuk karaoke terlaksana. Mereka memilih tempat di bahagian belakang. Zahra hanya mengikuti Mimi. Setibanya di sana, Zahra mendapati beberapa orang lelaki turut berada di situ. Zahra mengambil tempat di sebelah Mimi. Dia berasa kurang selesa apabila bercampur dengan beberapa orang lelaki itu. Mimi yang duduk bersebelahan dengan salah seorang lelaki itu tanpa segan silu memeluk dan membenarkan lelaki itu menyentuh tubuhnya. Mimi seakan-akan merelakannya. Tiba-tiba datang seorang lelaki menghampiri Zahra dan memberikan kepadanya secawan air. Pada mulanya Zahra tidak mahu menerima air itu, tetapi apabila didesak olek Mimi beberapa kali dia terpaksa menerima air itu. Selepas dia meneguk air itu beberapa kali, kepalanya tiba-tiba penglihatannya kabur dan kepalanya seakan-akan pening. Zahra mengajak Mimi pulang ke rumah, tetapi Mimi enggan untuk pulang. Setelah didesak beberapa kali, Mimi bersetuju untuk pulang. Mereka keluar dari pusat karaoke dengan keadaan yang terhuyung-hayang. Semasa hendak melintas jalan, Mimi sengaja menolak Zahra ke jalan raya. Zahra dilanggar oleh sebuah kereta wira yang dipandu laju. Darah dari kepala Zahra mengalir laju. Zahra dikejarkan ke Hospital Selayang.
Setelah beberapa hari Zahra tidak menyedarkan diri, akhirnya Zahra sedar. Zahra mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dan kaki. Dia juga mengalami pendarahan yang teruk.
“ Aisya… Naj…” panggilnya perlahan.                                                                                             
“ Ya Zah, kami datang.” Kata Aisya sambil memegang tangannya.                                                   
“ Aku minta ma… maaf.”                                                                                                                  
“ Sudahlah Zah, benda dah lepas.”                                                                                                      
“ Kalau aku dah tak ada kau orang jangan sedih ya?” kata Zahra sambil menggenggam tangan sahabatnya.                                                                                                                                         
“ Apa kau merepek ni Zah? Kau mesti hidup lama. Kau kena kuat Zah. Aku tahu kau kuat.” Kata Najlaa sambil air matanya menitis.                                                                                                     
“ Aku bersyukur kenal dengan kau orang. Aku minta maaf atas salah silap aku.” Genggamannya semakin lemah.                                                                                                                             
“ Zah? Zah? Jangan tinggalkan kami.” Kata Aisya sedikit panik. Ibu Zahra memanggil doktor.
“ Cik, sila keluar.” Kata seorang jururawat. Jururawat itu datang bersama seorang doktor untuk memeriksa  keadaan Zahra. Kami semua menunggu di ruang tunggu untuk mengetahui keadaan Zahra. Tiba-tiba doktor itu keluar dengan muka sedikit serba salah. Semua menghampiri doktor itu.
“ Doktor, macam mana dengan kawan saya?” tanya Aisya. Doktor itu hanya menggelengkan kepalanya. Aisya terus terduduk apabila melihat reaksi doktor itu. Dia menangis semahu-mahunya. “Zah, kenapa kau tinggalkan kami. Kau tahukan aku sayang kau. Kami semua sayang kau. Kenapa kau tinggalkan kami?” kata Aisya sambil menangis. Najlaa cuba menenangkan Aisya. Dia tahu Aisya amat menyayangi Zahra. Aisya tidak dapat menahan air matanya dan terus menangis.                                                                                                                                        
“ Kenapa Zah tinggalkan kita, Naj?” tanya Aisya kepada Najlaa.                                                        
“ Aisya, sabarlah. Allah lebih sayangkan dia. Kita kena reda dengan pemergiaan dia. Kau nak ke tengok dia sedih, bila tengok kau menangis macam ni? Kau janganlah sedih lagi, nanti dia tak aman dekat sana. Allah lebih sayangkan dia Sya.” Pujuk Najlaa sambil memeluk Aisya.          
Air mata Aisya mengalir lebih deras lagi. Sungguh dia amat merindui Zahra. Kalau boleh dia ingin mengikut Zahra pergi.                                                                                                              
“ Tak apalah Zah, nanti kita jumpa dekat sana ya. Kau tunggu aku tau. Jangan tinggal aku lagi. Tunggu aku ya.” Kata Aisya perlahan. Tiba-tiba dia terasa seperti ada sepasang tangan menyentuh bahunya.
“ Sudahlah Sya, awakkan dah janji tak nak sedih-sedih lagi. Sudahlah ya.” Kata Iman, suaminya sambil mengelap air mata Aisya yang jatuh ke pipi. Dia memeluk Aisya untuk member ketenangan kepada Aisya.                                                                                                                    
“ Hm, Sya rindukan Zah.” Katanya.                                                                                                   
“ Tak apa, lain kali kita datang lagi jenguk Zah ya? Dah, jomlah kita balik. Mama pun dah lama tunggu kita dekat rumah tu.” pujuk Iman.                                                                                           
“ Hm, yelah. Jomlah kita balik. Zah, nanti aku datang lagi ya. Kau tunggu aku tau. Jangan lupa aku. Assalamualaikum Zah.” Kata Aisya. Iman memimpin Aisya hingga ke kereta. Dia tahu tentang persahabatan isterinya.
Terima kasih jadi kawan aku. Semoga kau tenang di sana. Aku sentiasa mendoakan kau aman dekat sana. InsyaAllah, jika ada rezeki kita bertemu kembali di sana. Kita akan kawan sampai bila-bila.

NOTE: dari diorang membazir dh buat, lebih baik dikongsi bersama.

Monday 20 October 2014

Sahabat Selamanya

     Puas sudah Humaira menasihati rakan serumahnya yang semakin hari semakin tidak terurus. Risau dihati semakin hari semakin bertambah apabila Asyikin tidak mahu menjamah makanan, walaupun sedikit. Nasib baik suruhan agama tidak ditinggalkan, malah semakin hari semakin bertambah. Asyikin terus berada dalam khayalannya. Lukisan di tangan ditatapnya tanpa jemu. Kalau sehari tidak pandang, boleh menjadi tidak tentu arah jadinya.
     “Belum tidur, Asy?” Tanya Humaira yang menjengah secara tiba-tiba. Asyikin tersentak dengan teguran itu, lantas segala ingatan lalu hilang serta-merta. Segera dia menoleh kepada Humaira yang sudah berdiri di sebelahnya sambil menghadiahkan sebuah senyuman. “Awak ni Aira, suka sangat buat saya terkejut” omel Asyikin. Humaira tersengih. “Eh, awak yang sibuk meneliti lukisan tu, sampai saya masuk bilik awak pun awak tak sedar…” Humaira membalas omelan rakannya itu sambil berpeluk tubuh.
     “Saya rindukan Malaysia” akui Asyikin sambil sambil membuang pandangan jauh ke luar. “Asy, kita kat tempat orang ni. Janganlah ikutkan sangat perasaan awak tu. Kalau diikutkan hati, saya lagi rindukan rumah saya, tapi apa saya boleh buat. Lainlah kalau saya ni ada tongkat sakti, bolehlah sekejap sana dan sekejap sini” tambah Humaira sambil berjenaka. Asyikin tersenyum lebar mendengar celoteh temannya.
     Selepas mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaanya. Asyikin ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di University of London yang terletak di Kota London. Sesuatu yang sangat tidak dijangka. Demi mengejar cita-cita, Asyikin pergi ke Kota London berbekalkan semangat daripada ahli keluarganya dan insan yang istimewa. Bukan sesuatu yang mudah untuk seorang gadis sepertinya mendiami bumi asing yang penuh dengan gejala barat yang tidak selalu dilihat.
     “Awak tahu tak, Aira… kalau awak tak ada mesti kucar-kacir hidup saya di sini” luah Asyikin dengan nada suara yang sedikit kendur. Asyikin berlalu ke birai katil sebelum merebahkan badannya ke atas tilam empuk itu, manakala Humaira pula melangkah perlahan ke arah daun pintu. “Awak tidurlah, saya pun dah mengantuk ni. Awak jangan sambung mengelamun pula nanti…” pesan Humaira. Humaira berlalu pergi sambil menahan gelodak di hati.
     Mata Asyikin masih terbuka luas. Asyikin akhirnya memejamkan mata dan memaksa diri untuk tidur walaupun hakikatkan segala memori silam telah menghilangkan rasa mengantuknya. Asyikin terlelap dengan harapan dia akan menjalani hari esok dengan lebih tabah.
    MASIH jelas dalam ingatannya, saat dia mengenang kembali kejadian yang terjadi kepadanya ketika dia masih di bangku sekolah menengah. Lewat petang itu, terdengar bertalu-talu ketukkan pintu di kamar Asyikin, belum pun sempat Asyikin memulas tombol pintu, daun pintu itu terlebih dahulu dikuak dari luar.
     “Laaa, belum siap lagi ke? Kita kan dah lambat ni…” tegur ibunya, Noriah ketika melihat Asyikin masih menyarung t-shirt dan jean paras lututnya. Asyikin sudah diingatkan berkali-kali tentang pertemuan dengan abang kandungnya, Abdul Rahim yang telah lama menetap bersama nenek tirinya di Singapura. Asyikin mendapat tahu bahawa dia mempunyai seorang abang apabila dia secara tidak sengaja terkuis sebuah lukisan di bawah meja makan. Lukisan itu telah dimakan usia sehingga warna padanya mulai pudar.
     Pada belakang lukisan itu tertera ‘Abdul Rahim bin Najmuddin. Singapura”. Ibunya mula menceritakan tentang asal usul abangnya apabila didesak beberapa kali. Hal ini menyebabkan Asyikin sukar menerima realitinya bahawa dia bukanlah anak sulung tetapi anak kedua.
     “Asy…” Humaira menyentuh kedua-dua belah bahu Asyikin dah  membuatkan gadis itu tersentak daripada lamunannya yang panjang. Lama sungguh kenangan lalu singgah di ruang ingatan Asyikin sehingga dia tidak sedar masa sudah berlalu dengan pantas. Asyikin hanya menyepi. Pertanyaan Humaira bagaikan tunggul. “I’m talking to you, Najmina Asyikin” tegas Humaira dengan nada yang sedikit tinggi.
     “Kau tanya apa tadi?” Asyikin menyoal acuh tak acuh. Humaira mendekati sahabatnya itu. “Asy, awak perlu kawal emosi awak. Jangan sampai ia memakan diri awak sendiri. Dia dah tiada dah, Asy. You need to face the reality” pesan Humaira. “Awak tahu tak? Dia sangat sayangkan awak sebagai adiknya. Saya yakin dia bagi lukisan itu kepada awak bukan nak awak sedih, kalau dia tahu lukisan itu akan buat awak sedih, mesti dia tak bagi dekat awak” tambah Humaira lagi. Sudah menjadi kewajipannya untuk menasihati teman serumahnya itu agar tidak bersedih di atas kematian abangnya merangkap kekasih Humaira.
     Tiada guna dia belajar dalam bidang kaunseling sekiranya dia tidak dapat menasihati rakan karibnya itu. Asyikin tersenyum hambar lalu bangun menuju ke anak-anak tangga.
     “ASSALAMMUALAIKUM…” ucap Asyikin ketika melangkah masuk ke rumahnya. Sudah menjadi rutin hariannya untuk bersendirian bersama dua orang pembantu rumah setelah penat di sekolah. Ibu bapanya sering sibuk dengan urusan kerja mereka. Asyikin berasa hairan tentang suasana rumahnya yang sedikit berselerak pada hari itu. “Cik Mah…” panggilk Asyikin tetapi tiada jawapan.
     Asyikin berjalan lemah ke arah dapur untuk mengisi perutnya yang berkeroncang minta diisi tanpa mempedulikan suasana rumah yang tidak seperti kebiasaan. Kebiasaannya rumah itu akan bersih dan teratur. Tanpa dia sedari ada sepasang mata yang memerhati, menunggu masa untuk menerkam mangsa.
     Asyikin membuka peti sejuk untuk mengeluarkan botol berisi air, belum pun sempat mencapai botol itu, Asyikin terjatuh di lantai dapur apabila ada tangan menolaknya. “Mana keluarga kau simpan semua barang berharga?!”. Dunia seakan-akan gelap pada saat itu. Mujurlah abangnya, Abdul Rahim membantu sehingga perompak itu berjaya ditangkap. Asyikin mula tahu betapa pentingnya untuk memiliki seseorang yang boleh melindungi dan menjaganya ketika ketiadaan ibu bapa di sisi.
     Sejak itu, Asyikin mula menerima kedatangan abangnya. Beberapa hari setelah kejadian itu berlaku, di malam yang suram di temani bulan dan bintang. “Asy, macam mana kalau abang tak dapat lindungi Asy lagi selepas ni?” soal abangnya secara tiba-tiba. “Emm… kalau macam tu, ibu dan ayah pasti akan marah abang sebab tak lindungi anak kesayangan mereka” jawab Asyikin dan menjadikan mereka ketawa bersama.
     Tanpa disedari air mata laju menuruni pipi apabila teringat peristiwa yang menjadikan dia rapat dengan abang yang suatu ketika dahulu tidak tahu akan kewujudannya. Kata-kata abangnya itu masih terngiang-ngiang di telinga bagaikan baru berlaku. Perlahan-lahan dikesat air mata apabila Humaira mendekati.
     “DOKTOR… Doktor… Cepat…Kita ada emergency case, sekarang ni…” Asyikin yang mendengar laungan jururawat itu, turut bergegas ke wad kecemasan. Entah kenapa, dada ini berdegup kencang bagaikan ada perkara yang berlaku walhal kedatangannya ke hospital yang popular di Kota London itu hanyalah untuk melawat rakannya. ‘Ya Allah, janganlah ada apa-apa berlaku…” Asyikin cuba menenangkan hatinya.
     “Siapa pesakit tu?” tanya Asyikin kepada salah seorang jururawat yang bertugas di luar wad kecemasan. “Pesakit tadi?... Sekejap…biar saya semak… Namanya Encik Abdul Rahim bin Najmuddin”. Mendengar saja nama Abdul Rahim bin Najmuddin terus membuatkan Asyikin terkejut kerana mustahil untuk seseorang itu memiliki nama yang sama dari depan hingga belakang dengan seseorang yang lain.
     “Emm… saya pergi dulu…” terus Asyikin tersedar dari lamunannya apabila jururawat itu meminta diri setelah menunjukkan arah ke wad pesakit kanak-kanak. Suasana seperti ini sama seperti yang dilaluinya suatu ketika dahulu. Suasana yang Berjaya mengumpulkan kesemua ahli keluarganya untuk terbang dari Malaysia ke Kota London walhal pengumpulan kesemua ahli keluarga amat sukar untuk dilakukan.
     Siapa sangka, sehingga ke hari ini, gadis ini masih tidak tahu dan sukar untuk bertanya kepada orang tentang bagaimana abangnya boleh meninggalkan dunia sekali gus meninggalkannya seorang diri tanpa peneman.
     PADA satu petang di musim sejuk. “Aira… Saya nak tanya awak sesuatu… boleh?” tanya Asyikin. “Sudah tentu…” jawab Humaira tertanya-tanya. “Macam mana abang saya … ?” Asyikin tidak mampu mengungkapkan perkataan itu dan cuba untuk bertanya dengan menggunakan isyarat pergerakan.
     “Awak yakin awak boleh terima jawapan ini dengan hati yang terbuka?” tanya Humaira semula. “Awak yakin awak dah bersedia dari segi fizikal mahupun emosi?” soal Humaira lagi meminta penjelasan khuatir keadaan Asyikin akan bertambah buruk. Cukuplah masalah yang satu ini. Sebagai seorang sahabat yang baik dan sayang akan sahabatnya, dia tidak mahu melihat Asyikin murung dan bukan seperti Asyikin yang dahulu.
     Soalan Humaira itu menjadikan Asyikin berfikir panjang. ‘Bersediakah aku?’ tanya Asyikin kepada dirinya. ‘Mampukah aku mengawal emosi aku sekiranya jawapan yang bakal aku dengar ini sangat menyakitkan aku?’ tanya Asyikin lagi.
      “Humaira… Saya rasa saya dah bersedia. Saya dah lama kumpul tenaga saya untuk tanya soalan ini, maka inilah masa yang sesuai” jawab Asyikin dengan tenang walaupun masih ada getaran di suaranya. “Ingat tak Rahim pernah talefon kita dari Jepun?” tanya Humaira. “Ingat…” jawab Asyikin lemah. “kan dia cakap… dia nak datang melawat kita di sini… sebab dia rindukan adik kesayangannya and me” terang Humaira lagi sambil berjenaka.
     Asyikin ketawa kecil apabila teringat memori itu. “Ketika dia dah tiba di lapangan terbang utama London, dia talefon saya. Katanya nak saya jemput dia di sana dan dia pesan untuk tidak membawa Asy sekali sebab dia ingin membuat kejutan bersempena dengan hari lahir Asy yang terdekat dengan hari kejadian” terangnya lagi. Memang benar kejadian dia mendapat berita yang menghancurkan hatinya sekali gus menggelapkan dunianya berlaku beberapa hari sebelum hari lahirnya.
     “Tapi pada waktu itu, jalan sesak dan menjadikan saya tiba di lapangan terbang lewat sejam dari waktu yang dijanjikan” Humaira mulai mengeluarkan air matanya. “Kalaulah saya cepat sikit pada waktu itu, kalaulah jalan tidak sesak…” luah Humaira. Keadaan menjadi terbalik pada waktu itu, apabila Asyikin pula yang memujuk Humaira agar meneruskan ceritanya. Jika pada waktu sebelum ini, Humaira yang kebiasaannya memujuknya. ‘Maafkan aku Aira, aku tak sedar yang kau juga lalui waktu dimana kau perlukan aku, tapi aku masih melayani emosiku’ rintih hati kecil Asyikin.
     “Bila saya datang di lapangan terbang, kelihatan di depan pintu utama ramai orang berkumpul. Pada saat itu, saya tanya salah seorang pengunjung. Dia kata ada seorang jejaka yang tampan mengalami kemalangan di situ. Di sisinya terdapat sebuah anak patung, yang awak selalu Nampak ada pada saya tu… dan lukisan yang dia hadiahkan kepada awak tu…” terang Humaira lagi. Kali ini kedua-dua orang gadis itu, mula berpelukan antara satu sama lain. Melepaskan tangis masing-masing yang sudah lama disimpan.

     “Mereka cakap, Rahim cuba menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan daripada dilanggar kereta tepi malangnya dia pula yang dilanggar…” esakan Humaira mula kuat.  Pada saat itu, rumah itu, di ruang tamu itu menjadi saksi akan semua cerita yang tersimpan telah diluahkan dan mereka berjanji untuk tidak mengungkit kisah pahit itu selagi emosi kedua-dua orang gadis itu masih belum baik sepenuhnya.

NOTE: Sebenarnya, ini adalah cerpen untuk PBS BM Band 6. :)) Just want to share w/ all of you hasil karya saya. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...