Karya
Nur Aainaa Nadirah Suedan
Aisya Athirah duduk
dihadapan sebuah kubur. Tangannya mula mencabut rumput-rumput yang mula menutup
tanah kubur itu. Air mata mula menitis tanpa dia sedari. Perasaan sayu dan
sedih menerpa ke dalam dirinya.
“ Maafkan aku sebab dah
lama tak jenguk kau dekat sini.” Ujar Aisya sendiri. Dia memandang seorang
wanita danseorang kanak-kanak kecil yang tidak jauh dari sini. Mungkin
menziarahi kubur saudara terdekat mereka.
“ Aku rindukan kau.
Rindu sangat. Mesti kau pun rindukan akukan?” Ujar Aisya. Kepalanya terimbas
kenangan 10 tahun yang lalu. Dia melihat seorang pelajar perempuan menangis
akibat diejek, dikeji oleh sekumpulan pelajar lelaki. Pada masa itu, dia datang
untuk mempertahankan pelajar perempuan itu. Dia memukul pelajar lelaki itu
sehingga mereka berlari lintang-pukang. Dia terus membawa pelajar perempuan itu
ke kantin.
“ Kau duduk dulu dekat sini. Kejap lagi aku
datang.” Ujar Aisya.
“ Kau nak pergi mana?” Tanya Zahra.
“ Kejap je, karang aku
datang balik. Kau tunggu sekejap je.” Kata Aisya.
“ Hm, ok. Kau datang balik tau.” Kata Zahra.
“ Maggi!!! Gemuk!!! Hahaha.” Satu
suara yang cukup dikenali. Pelajar lelaki itu menolaknya sehingga terjatuh ke
lantai sambil mengejek pelajar perempuan itu. Ada juga yang menyimbah air sirap
kepada pelajar perempuan itu. Habis basah bajunya. Pelajar-pelajar lain yang
berada di kantin hanya melihatnya dan pertawakan pelajar perempuan itu. Nasib
baiklah Aisya datang tepat pada waktunya.
“Oi! Kau nak apa hah?! Berambus!”Pekik Aisya sambil meletakkan makanan
dan minuman serta kain basah di atas meja. Zahra mula menangis kerana malu.
Pelajar-pelajar yang berada di kantin terkejut dengan pekikan itu lalu mereka semua
secara automatik terdiam daripada ketawa. Semua memandang antara satu sama
lain. Aisya mengambil kain basah dari atas meja lalu mengelap muka dan lengan
Zahra.
“ Terima kasih…”
“ Sama-sama. Asal kau tak lawan balik?”
Tanya Aisya sambil menghulurkan makanan dan minuman.
“ Ayah aku selalu
berpesan, jangan balas balik kalau orang buat kita. Dia kata jangan buat hal
dekat sekolah. Sebab itulah aku tak lawan balik.” Jawab Zahra.
“ Tapi, kau kena pertahankan diri kau.
Kau suka orang buat kau macam ni? Kau suka?”
“ Memang aku tak suka. Aku tak nak
susahkan ayah aku. Lagipun aku mana reti lawan.” Katanya.
“ Aku pun tak reti lawan. Dah, jom kita
balik kelas.” Ajak Aisya. Zahra hanya membuntuti Aisya hingga ke kelas. Mereka
masuk bersama-sama. Aisya duduk di bahagian tengah di hadapan manakala, Zahra duduk
di bahagia tepi di belakang.
Najlaa yang baru sahaja
masuk ke kelas terus mendapatkan Aisya.
“ Aku dengar tadi kau
mengamuk dekat kantin.” Kata Najlaa sambil melabuhkan punggungnya di kerusi
disebelah Aisya.
“ Mana ada aku mengamuk.
Aku cuma pertahankan budak baru tu je. Kasihan aku tengok dia. Baru je masuk
dah kena ejek.” Cerita Aisya. Najlaa terus berpaling ke belakang melihat
pelajar baru itu. Terdetik juga di hati rasa kasihan kepadanya.
“ Apa kata kita kawan dengan dia.”
Cadang Najlaa.
“ Aku pun rasa lebih baik macam tu.
Nanti kasihan dia asyik kena ejek je. Dahlah tak ada siapa nak berkawan dengan
dia. So, kalau dia kena ejek atau apa
kita berdua kena pertahankan dia. Boleh?” kataku. Najlaa mengangkat ibu jarinya
di hadapan Aisya. Mereka berdua tersenyum.
Kringgg! Kringgg!
Kringgg!
Loceng sekolah berbunyi
menandakan waktu persekolahan sudah pun tamat. Aisya dan Najlaa cepat-cepat
mendapatkan Zahra. Aisya datang menyapa Zahra sambil menghadiahkan sebuah
senyuman manis kepadanya.
“ Nak kawan dengan kita
orang tak?” tanya Najlaa sambil tersenyum. Zahra sedikit terkejut dengan
pertanyaan Najlaa. Bagaikan mimpi apabila ada orang menanyakan soalan itu
kepadanya. Mana tidaknya, selama dia di sekolah ini tiada seorang pun yang
ingin berkawan dengannya. Semua menjauhkan diri daripadanya. Maklum sajalah,
dia seorang yang gemuk, berambut maggi, muka pun tidak cantik.
“ Betul ke kau orang nak berkawan
dengan aku?” tanya Zahra ingin kepastian. Aisya dan Najlaa tersenyum dengan
pertanyaan itu.
“ Kalau kau sudilah. Kalau tak sudi
takpelah.” Gurau Aisya.
“ Kalau kau orang sudi
terima aku sebagai kawan, aku on je.
Terima kasih.” Kata Zahra. Tidak dapat dibayangkan perasaannya kini. Hanya
Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaannya sekarang. Manakan tidak, sekarang
dia telah mempunyai dua orang kawan yang baik. Bibirnya tidak berhenti
menguntum senyuman.
“ Masa tu kita baru tingkatan
tiga. Sejak dari peristiwa itu, kita bertiga mulai rapat. Ke mana-mana mesti bertiga.”
Ujarku sendiri. Air mata mengalir laju. “ Aku suka usik kau. Baby panda montel! Itulah panggilan kau
yang selalu aku panggil. Najlaa pula aku suka panggil dia teddy. Hahaha.” Ketawa Aisya sendiri. Kawan-kawan aku semua comel,
itulah aku bagi gelaran yang comel dekat kau orang. Tapi kau dengan Najlaa
tidak pernah marah pun bila aku panggil kau orang macam itu. Kita berkawan
sampailah kita sekolah menengah. Tidak sangka persahabatan kita bertahan
sehingga sekarang.
“ Kau ingat tak parut dekat lengan aku dan
dekat tapak tangan Najlaa?”
“ Hahaha, ini parut masa aku dengan
Najlaa nak selamatkan kau dari bergaduh dengan pelajar perempuan dekat kelas
kita tu. Dia orang dengki dengan kau ah tu sebab kau baik dengan kita orang.
Dahlah masa tu aku dan Najlaa takde dekat dalam kelas. Takde siapa nak
pertahankan kau. Nasib aku dan Najlaa tergerak hati nak balik ke kelas cepat.
Rupa-rupanya, sahabat aku dalam kesusahan. Aku apa lagi bila tengok kau kena
pukul semua. Darah aku naik dan aku terus mengamuk. Aku ketuk meja kuat gila
sampai pelajar lain terkejut. Time tu
kelas kita macam dah jadi panggung wayang free
dah. Pelajar-pelajar dari kelas lain turut melihat pergaduhan itu. Zairina tolak
kau ke tingkap, aku dan Najlaa cepat-cepat datang ke belakang kau takut kau
terkena cermin. Last-last tangan aku
dengan Najlaa yang terkena cermin. Darah mengalir laju masa tu. Semua orang
terdiam. Pergaduhan tu berhenti bila guru disiplin datang ke kelas kita. Aku
dengan Najlaa dibawa ke bilik kesihatan untuk mencuci luka. Kau pun ada masa
tu. Kau balut tangan aku dengan Najlaa sambil menangis. Aku dengan Najlaa tak
dapat tahan ketawa bila tengok kau menangis. Kelakar gila muka kau bila kau
menangis. Dah macam badut aku tengok.”
Aisya menangis lagi.
Air matanya tidak dapat ditahan. Hatinya terlalu sedih apabila teringat akan
persahabatannya. “ Kau ingat tak sejak dari kes hari tu, semua orang tak berani
kacau kau. Tapi sebaliknya, dia orang nak berkawan dengan kau. Yelah, kau dah
tak selekeh macam mula-mula kau masuk sini dulu. Kau berkawan dengan semua
orang. Lepak pun, lepak dengan dia orang. Aku dengan Najlaa, berilah peluang
itu dekat kau. Aku tahu kau gembira ada kawan ramai. Memanglah aku sedih tapi
nak buat macam mana. Setiap hari aku tengok muka Najlaa je. Bosan juga aku
asyik tengok muka dia je. Hehehe.”
“ Naj, aku tengok kawan
kita seorang tu gembira je.” Kata Aisya.
“ Itulah, aku pun rasa macam tu.
Biarlah dia gembira dulu. Nanti dia ada problem
tahulah dia cari kita.” Katanya sedikit kecewa.
“ Aku rindulah nak lepak dengan
dia. Asyik tengok muka kau je. Hahaha.”
“ Samalah dengan aku. Hm.”
Esoknya Zahra datang
sambil memegang sesuatu di tangannya. Riak muka Zahra sangat gembira.
“ Wehh,
aku dapat hadiah. Lawa tak? Ni Intan bagi aku.” Katanya dengan penuh gembira.
“ Hahh,
baru nampak muka kau. Ingat dah tak nak dah datang dekat kita orang. Ingat dah
lupa dah.” Kata Najlaa.
“ Alaa, aku mana ada aku lupa
dengan kau orang. Kau orangkan sahabat dunia akhirat aku.” Balas Zahra.
“Anyway,
hadiah tu lawa. Untunglah kau.” Kata Aisya sambil tersenyum nipis. Zahra terus
pergi dari situ dan kembali lepak dengan kawan-kawannya.
Semasa Aisya dan Najlaa
hendak menuju ke perpustakaan, mereka terdengar suara-suara jahat yang sedang
merancang sesuatu untuk mengenakan seseorang di dalam stor. Aisya dan Najlaa
berasa ada sesuatu yang tidak kena. Mereka menghampiri pintu stor
perlahan-lahan agar mereka dapat mendengar suara-suara itu dengan jelas. Mereka
terdengar bahawa Mimi dan kawan-kawannya merancang ini mengenakan Zahra semasa
mereka hang out pada hari Sabtu ini.
Aisya dan Najlaa saling berpandangan. Mereka terus pergi dari situ dan
membatalkan niat untuk ke perpustakaan. Mereka berlari terus mencari Zahra di
kelasnya. Nasiblah Zahra ada di kelasnya. Mereka masuk ke dalam kelas, lalu
menghampiri meja Zahra.
“ Zah, ada benda aku
nak bagitahu ni.” Kata Aisya.
“ Apa dia?” balasnya pendek. “ Aku rasa lebih baik kau tak payah
pergi hang dengan Mimi Sabtu ni.” “ Aku dah janji dengan dia orang
nak keluar Sabtu ni. Aku kena pergilah.” “ Aku tak sedap hatilah kalau kau
keluar dengan dia orang. Aku dengan Naj terdengar tadi yang dia orang dah
rancang sesuatu untuk kenakan kau.” “ Eh, takdelah. Dia
orang baiklah. Tak mungkin dia orang nak buat macam tu dekat aku. Dia orang
janji nak bawa aku pergi karaoke.” “ Betul, aku tak tipu kau. Aku rasa dia orang
ada niat jahat dekat kau Zah. Dengarlah cakap kita orang. Kau jangan pergi ya?”
kata Najlaa.
“ Takpe, aku pandai jaga diri aku. Kau
janganlah risau.” Kata Zahra yang masih dengan pendiriannya. “ Hm, takpelah. Kalau
kau nak pergi sangat, kau pergilah. Tapi jangan lupa kalau ada apa apa hal
cepat-cepatlah call kita orang.” Kata
Aisya sedikit kecewa. Mereka dah cuba untuk meyakinkan Zahra tapi apakan daya
dia tetap dengan pendiriannya.
Hari Sabtu pun tiba
akhirnya. Apa yang dirancangkan oleh Zahra dan kawan-kawannya untuk karaoke terlaksana.
Mereka memilih tempat di bahagian belakang. Zahra hanya mengikuti Mimi.
Setibanya di sana, Zahra mendapati beberapa orang lelaki turut berada di situ.
Zahra mengambil tempat di sebelah Mimi. Dia berasa kurang selesa apabila
bercampur dengan beberapa orang lelaki itu. Mimi yang duduk bersebelahan dengan
salah seorang lelaki itu tanpa segan silu memeluk dan membenarkan lelaki itu
menyentuh tubuhnya. Mimi seakan-akan merelakannya. Tiba-tiba datang seorang
lelaki menghampiri Zahra dan memberikan kepadanya secawan air. Pada mulanya
Zahra tidak mahu menerima air itu, tetapi apabila didesak olek Mimi beberapa
kali dia terpaksa menerima air itu. Selepas dia meneguk air itu beberapa kali,
kepalanya tiba-tiba penglihatannya kabur dan kepalanya seakan-akan pening.
Zahra mengajak Mimi pulang ke rumah, tetapi Mimi enggan untuk pulang. Setelah
didesak beberapa kali, Mimi bersetuju untuk pulang. Mereka keluar dari pusat
karaoke dengan keadaan yang terhuyung-hayang. Semasa hendak melintas jalan,
Mimi sengaja menolak Zahra ke jalan raya. Zahra dilanggar oleh sebuah kereta
wira yang dipandu laju. Darah dari kepala Zahra mengalir laju. Zahra dikejarkan
ke Hospital Selayang.
Setelah beberapa hari
Zahra tidak menyedarkan diri, akhirnya Zahra sedar. Zahra mengalami kecederaan
teruk di bahagian kepala dan kaki. Dia juga mengalami pendarahan yang teruk.
“ Aisya… Naj…”
panggilnya perlahan.
“ Ya Zah, kami datang.”
Kata Aisya sambil memegang tangannya.
“ Aku minta ma… maaf.”
“ Sudahlah Zah, benda dah lepas.”
“ Kalau aku dah tak ada kau orang
jangan sedih ya?” kata Zahra sambil menggenggam tangan sahabatnya.
“ Apa kau merepek ni Zah? Kau mesti
hidup lama. Kau kena kuat Zah. Aku tahu kau kuat.” Kata Najlaa sambil air
matanya menitis.
“ Aku bersyukur kenal dengan kau
orang. Aku minta maaf atas salah silap aku.” Genggamannya semakin lemah.
“ Zah? Zah? Jangan tinggalkan
kami.” Kata Aisya sedikit panik. Ibu Zahra memanggil doktor.
“ Cik, sila keluar.”
Kata seorang jururawat. Jururawat itu datang bersama seorang doktor untuk
memeriksa keadaan Zahra. Kami semua
menunggu di ruang tunggu untuk mengetahui keadaan Zahra. Tiba-tiba doktor itu
keluar dengan muka sedikit serba salah. Semua menghampiri doktor itu.
“ Doktor, macam mana
dengan kawan saya?” tanya Aisya. Doktor itu hanya menggelengkan kepalanya.
Aisya terus terduduk apabila melihat reaksi doktor itu. Dia menangis
semahu-mahunya. “Zah, kenapa kau tinggalkan kami. Kau tahukan aku sayang kau.
Kami semua sayang kau. Kenapa kau tinggalkan kami?” kata Aisya sambil menangis.
Najlaa cuba menenangkan Aisya. Dia tahu Aisya amat menyayangi Zahra. Aisya
tidak dapat menahan air matanya dan terus menangis.
“ Kenapa Zah tinggalkan kita, Naj?”
tanya Aisya kepada Najlaa.
“ Aisya, sabarlah. Allah lebih
sayangkan dia. Kita kena reda dengan pemergiaan dia. Kau nak ke tengok dia
sedih, bila tengok kau menangis macam ni? Kau janganlah sedih lagi, nanti dia
tak aman dekat sana. Allah lebih sayangkan dia Sya.” Pujuk Najlaa sambil
memeluk Aisya.
Air mata Aisya mengalir
lebih deras lagi. Sungguh dia amat merindui Zahra. Kalau boleh dia ingin
mengikut Zahra pergi.
“ Tak apalah Zah, nanti kita jumpa
dekat sana ya. Kau tunggu aku tau. Jangan tinggal aku lagi. Tunggu aku ya.”
Kata Aisya perlahan. Tiba-tiba dia terasa seperti ada sepasang tangan menyentuh
bahunya.
“ Sudahlah Sya, awakkan
dah janji tak nak sedih-sedih lagi. Sudahlah ya.” Kata Iman, suaminya sambil
mengelap air mata Aisya yang jatuh ke pipi. Dia memeluk Aisya untuk member
ketenangan kepada Aisya.
“ Hm, Sya rindukan Zah.” Katanya.
“ Tak apa, lain kali
kita datang lagi jenguk Zah ya? Dah, jomlah kita balik. Mama pun dah lama
tunggu kita dekat rumah tu.” pujuk Iman.
“ Hm, yelah. Jomlah kita
balik. Zah, nanti aku datang lagi ya. Kau tunggu aku tau. Jangan lupa aku.
Assalamualaikum Zah.” Kata Aisya. Iman memimpin Aisya hingga ke kereta. Dia
tahu tentang persahabatan isterinya.
Terima kasih jadi kawan
aku. Semoga kau tenang di sana. Aku sentiasa mendoakan kau aman dekat sana.
InsyaAllah, jika ada rezeki kita bertemu kembali di sana. Kita akan kawan
sampai bila-bila.
NOTE: dari diorang membazir dh buat, lebih baik dikongsi bersama.
No comments:
Post a Comment