Tuesday, 4 November 2014

Permata yang Bersinar (PART I)

KARYA:NURAIHANAH  NAJIHAH  BINTI  ZAIDI
Rania  membuang  pandangannya  ke  laut  yang  kebiru-biruan bagai menguntum senyuman buat  si  gadis menenangkan fikiran daripada  segala kekusutan.Deruan  ombak  yang menghempas pantai  mendamaikan  jiwa  remajanya.Sesekali,gadis itu  mengukir gambar-gambar  menarik  di  atas  pasir  pantai  yang putih  bersih.Langit  yang membiru dihiasi  dengan  awan yang  seolah-olah  membentuk objek  sememangnya  menarik  hati setiap orang  yang  melihatnya.Meluangkan masa di persisiran pantai Sri Pantai memang akan menggamit banyak  memori indah  kepada  setiap  pengunjungnya.Rania terleka melihat keindahan alam ciptaan Allah yang indah ini.Habuk pasir yang memasuki mata bundarnya  membangunkan dia daripada  lamunan.Dia mengintai  jam tangannya lantas dia berdiri  sambil menyapu bersih pasir  pantai yang melekat di seluarnya.Sambil  berjalan  pulang,dia mengemaskan  tudungnya  yang senget  dipukul angin kuat.
        “Assalamualaikum…..”Rania melangkah masuk  ke dalam rumah.Ibunya,Puan Fatimah  datang  ke arahnya sambil   menatang  dulang  yang berisi semangkuk pisang goreng yang masih panas.
        “Rania,pergi beri pisang goreng ni pada cikgu baru tu….Semalam,Rania tak jumpe dia lagikan?Masa dia pindah masuk,anak mak yang comel ni pergi tusyen….Nah..”Dulang sudah bertukar tangan.Rania mengatur langkah menuju ke rumah jiran barunya.Pada mulanya,dia agak segan tetapi apabila dia melihat seorang wanita awal 40-an sedang menyapu sampah,dia terus menuju ke arah wanita itu.
        “Assalamualaikum,cikgu.Mak beri pisang goreng untuk cikgu…Rasalah…”Rania menghadiahkan senyuman yang manis menampakkan lesung pipitnya yang dalam.Senyumannya dibalas dan dulang di tangannya sudah diambil dan diletakkan di atas meja kayu di bawah pohon manggis.Rania menghulurkan tangan untuk bersalam dengan sopan.
        “Anak Puan Fatimahni,siapa namenye?”Wanita yang nampak sedikit pucat itu bertanya sambil menarik tangan Rania untuk duduk bersamanya.
        “Name saye Nur Rania Amirah binti Zaidi,panggil je Rania..Cikgu?”
        “Nur Marina….cikgu mengajar subjek Sejarah di sekolah Rania nanti…Rania tingkatan tigakan?Cikgu akan mengajar pelajar tingkatan tiga,empat dan lima….Esok kite jumpelah…”Rania dan Puan Marina terus berbual dengan rancaknya tanpa menyedari hari sudah hampir gelap.Saat waktu menginjak jam 7.00 malam,Rania meminta izin untuk pulang.Dia berasa selesa berbual bersama Puan Marina.Rania berjalan menuju ke arah rumahnya sambil menatang dulang yang dibawanya tadi.Tiba-tiba,dulang yang ditatangnya terpelanting mengenai kepalanya.Dia mengaduh sambil memicit kepalanya kerana dia terasa mamai.Dia mengangkat kepalanya dan terpana saat terpandang seraut wajah yang sangat kacak berdiri tegak di hadapannya.Matanya tidak berkelip melihat makhluk Allah yang indah dan mempersonakan ini.Matanya bulat dan berwarna coklat.Rambutnya yang  hitam dan lembut menari-nari ditiup angin.Badannya yang kurus dan tinggi menampakkannya seperti seorang model.Jejaka itu hanya memandangnya sambil membetulkan rambutnya yang jatuh ke dahi.Dia terus melarikan pandangannya apabila dia menyedari tindakannya itu salah dan cepat-cepat beristighfar.Dia sungguh terpesona melihat wajah jejaka itu walaupun jejaka itu hanya diam dan tidak menunjukkan apa-apa reaksi.Kedengaran Puan Marina berlari-lari anak menuju ke arah Rania yang masih diam dan terpaku.
“Rania,sakit ke?”Puan Marina terus meneliti kepala Rania kerana dia takut kepala Rania akan terluka.Rania menggeleng walaupun dia berasa sakit.
        “Amran,say sorry kat Rania….Kenape buat macamtu?”Dengan pantas,Puan Marina memberikan arahan.Amran mencebik.
        “Kenapa Amran yang patut minta maaf?Kenape bukan Rania yang terlebih comelni?Dan,kenapa bukan ibu yang berbual sampai tak ingat Amran?Ibu buat macam tu jugak kat abah duluke?”Kasar sekali kata-kata yang diluahkan oleh Amran kepada ibunya.Rania tersentak mendengar sindiran Amran tetapi,dia lebih merasakan yang Puan Marina sangat berkecil hati dengan kata-kata Amran.Puan Marina hanya tersenyum pahit.
        “Rania,maafkan Amran.Mungkin dia tak sengaja.Dia penat sangat sebab tu dia cakap kasar macamtu.”
        “Takpelah,cikgu…Sikit je…”Rania berfikiran positif.Tidak mungkin jejaka sekacak itu biadab dengan ibunya sendiri lebih-lebih lagi Amran yang berbaju Melayu berona hijau sedang menuju ke masjid untuk bersolat maghrib secara berjemaah.Tidak mungkin Amran sanggup membuat ibunya terluka kerana sebentar tadi Puan Marina telah mengatakan yang Amran seorang anak yang baik,pandai dan menghormati orang tua.Rania melangkah pulang tanpa menyimpan kejadian tadi dalam ingatannya.Walaupun wajah kacak Amran sering bermain di mindanya,dia tetap berpendirian tetap bahawa Amran bukan seorang anak yang biadab dengan ibunya.Rania membuat keputusan untuk tidak meluahkan perasaannya terhadap Amran dan berharap jika suatu hari nanti dia tidak ditakdirkan untuk bersama Amran,dia akan terima dengan seadanya.Dia tidak mahu berfikir tentang cinta kerana dia mahu mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang doktor pakar bedah tulang apabila dia dewasa nanti.
                        ……….
Di dalam kelas 3 Wonderful,Rania duduk sambil membaca buku sementara menunggu guru kelasnya,Puan Jamilah masuk untuk melakukan sedikit persiapan sebelum peperiksaan percubaan PT3 berlangsung.Rania tidak menyertai kawan-kawannya berbual di bahagian belakang kelas sebaliknya dia membaca buku bersama sahabatnya,Naimah.Bunyi tapak kasut tumit tinggi Puan Jamilah membuatkan semua pelajar cepat-cepat berdiri di tempat masing-masing.Selepas ucapan salam diberi dan dibalas,Rania meneruskan bacaannya apabila dia mendengar Puan Jamilah sedang berbincang dengan beberapa kawan sekelasnya yang mengerumun di meja guru.Ketika dia tekun menelaah pelajaran,kedengaran suara rakan sekelasnya yang perempuan bersorak.Rania mengangkat mukanya dan terkejut melihat Amran sedang berdiri di hadapan kelas.Rania terus mengingati azamnya walaupun hatinya meronta untuk mendekati Amran.Hanya Rania dan Naimah sahaja yang bagai tenggelam dalam dunia sendiri tanpa menghiraukan suasana sekeliling.Rania terpaksa menahan gelora hati remajanya.
                ……….
Rania terus menyarung sehelai tudung untuk pergi ke tepi pantai,tempat yang dia sayangi.Dia menghabiskan masa selama satu jam sebelum dia berjalan pulang.Ketika dia memasuki kawasan rumahnya,dia melihat Puan Marina yang sedang terduduk di atas tanah sambil memegang kepalanya.Langkahnya dipercepatkan untuk mendapatkan Puan Marina.Rania membongkokkan badannya sambil menyentuh lembut bahu Puan Marina.
        “Cikgu sakitke?Kenapeni?Mane Amran?”Rania bertanya dengan cemas sambil membantu Puan Marina bangun.
“Pening sikit.Mungkin tekanan darah naik agaknya.”Jawapan lemah diberikan.Wajah pucat Puan Marina merisaukan Rania.Rania memapah Puan Marina pergi ke meja di bawah pohon manggis.Sejurus dia memastikan yang Puan Marina sudah duduk,Rania berlari ke rumahnya dan mengambil segelas air masak dan sebotol minyak panas.Puan Fatimah hanya melihat dari pintu rumah dengan risau.
        “Cikgu,minum air ni”Rania memberikan gelas tersebut kepada Puan Marina.
        “Terima kasih,Rania.”Senyuman diberikan.
        “Cikgu,baring kat sini.Saye nak urutkan kepala,boleh?”Pinta Rania sambil menunjukkan pahanya untuk membiarkan Puan Marina meletakkan kepalanya.Entah kenapa Puan Marina berasa selesa dan tanpa ragu-ragu,dia meletakkan kepalanya di atas paha Rania.Akhirnya,Puan Marina terlelap di pangkuan Rania.
                ……….
        “Rania,pagi ni naik dengan Cikgu Marinalah…Teman die.Takut ade ape-ape ke nanti.Dia tak sihat lagi tu…”Pesan Puan Fatimah selepas Rania menyalaminya dan Encik Zaidi.Rania melangkah ke arah Puan Marina yang sedang memasukkan begnya ke dalam kereta.Wajah Puan Marina masih pucat dan tidak bermaya.Kelibat Amran masih tidak kelihatan.Rania mendekati Puan Marina.
        “Cikgu,mak suruh Rania naik dengan cikgu pagini.Dia risau tengok cikgu…Boleh?”Tanya Rania sambil membantu Puan Marina.Puan Marina hanya mengangguk perlahan sambil tersenyum.
“Baiknya hati Puan Fatimah…Terima kasih Rania.”Ucap Puan Marina selepas mereka berdua sudah masuk ke dalam kereta.
        “Takpelah cikgu.Kitekan berjiran?Mane Amran?Die tak naik sameke?”Puan Marina terdiam.Melihat keadaan Puan Marina yang tidak selesa dengan soalannya,Rania mengalih kepada topik yang lain.
        “Cikgu kalau nak saye tolong,panggil je….Super Rania akan datang punye…”Puan Marina tergelak.
“Yelah…”Jawab Puan Marina sambil mencubit pipi gebu Rania.Mereka sama-sama tergelak.
                ……….
Selepas dia menghabiskan kerja sekolahnya dan membantu Puan Fatimah memasak,Rania pergi ke rumah Puan Marina untuk menziarahinya yang sudah dua hari demam.Rania berdiri di hadapan rumah Puan Marina dan memberi salam.Agak lama juga dia menunggu.’Mungkin cikgu tidur agaknya.Tapi,mane Amran?Takkan tak dengar?’Dia bercakap bersendirian.Tiba-tiba,dia disergah.
        “Kau buat ape kat sini?Baliklah.”Amran berdiri di pintu sambil menggosok-gosok matanya.Lagaknya seperti baru bangun tidur.Tetapi,nada suaranya agak kasar dan hati Rania tersentak.
“Saye cume nak tengok ibu awak.Boleh saye masuk?”
        “Sayangnya kau kat ibu aku…Tak yah tengok dielah…Die okay je..Baliklah!”Rania dihalau.Kedengaran suara lemah Puan Marina dari dalam bilik menyuruh Rania masuk.Amran mengeluh.
“Saye risau tak nampak cikgu daripada semalam.Cikgu masih demamke?”Rania terus duduk di sisi Puan Marina yang terlantar di atas katil.Rania cepar-cepat meletakkan tangannya dia atas dahi Puan Marina.
        “Panasnya badan cikgu.Nak pergi klinik tak?Nanti Rania suruh ayah bawakkan.”Rania sudah bangun tetapi tangannya digenggam.
“Takpelah Rania.Tak teruk sangatni….”Puan Marina menolak dengan lemah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...