“Assalamualaikum,Kak Masya!”Rania
memulakan rutinnya setiap petang Sabtu.Wajah ceria Rania menggembirakan Puan
Marina.Rania membantu Amirah dengan mahir.Dia gembira dapat membantu Masya menguruskan
Puan Marina yang tidak boleh berjalan.Sebelum Rania pulang,dia membawa Puan
Marina pergi ke tepi pantai.Dia menolak kerusi roda dengan perlahan untuk
memberi peluang kepada Puan Marina untuk merasai ketenangan.
“Cikgu,Rania nak beritahu
sesuatu…”Perlahan Rania menuturkannya.Air matanya sudah bergenang.Dia sukar
untuk menahan tangisan.Malam tadi dia menangis bersama ibunya kerana tidak mahu
berpisah.
“Rania dapat tawaran belajar kat
Rusia,bidang kedoktoran….”Air matanya mengalir juga.Puan Marina yang sedari tadi
ceria terus hilang senyumannya.
“Mesti cikgu rindu Rania nanti….”Hanya
itu yang mampu diungkapkan oleh Puan Marina kerana dia sudah
teresak-esak.Sungguh dia tidak mahu berpisah dengan Rania.Dia akan merindui
Rania nanti.Dia tidak sanggup.Setiap apa yang dilakukan oleh Rania akan sentiasa
terbayang di mindanya dan akan membuatkan dia rasa sedih.Pertolongan yang
selalu dihulurkan oleh Rania akan sentiasa diingati dan mahu diulangi supaya
kekosongan hidupnya sentiasa berisi.Kedatangan Rania dalam hidupnya cukup
memberikan ketenangan dan kegembiraan dalam hidupnya.Senyuman dan tawanya
sungguh mendamaikan.Tentu Rania juga terlalu bersedih kerana dia juga menangis
teresak-esak.Mungkin mengambil masa yang lama untuk dia membiasakan diri di
tempat yang baru nanti.Mungkin juga bertahun dia tidak pulang ke Malaysia.Dalam
kesedihan,Rania bertekad untuk mencapai impiannya iaitu untuk menjadi doktor
pakar bedah tulang.Setelah agak lama mereka berada di tepi pantai,Rania membawa
Puan Marina pulang.Wajah muram Puan Marina membuatkannya lebih berasa sedih.Dia
akan berpisah dengan keluarganya dan Puan Marina.Sungguh berat hatinya untuk
berpisah dengan mereka.Rania kembali membawa dirinya ke tepi pantai untuk menhilangkan
perasaan sedihnya ke laut.Dia cuba menahan tangisan tetapi air matanya mengalir
juga.Dia duduk di atas pasir dan membuang pandangannya ke laut.Pengunjung yang
datang ke pantai tidak dihiraukannya.Dia mahu menenangkan perasaannya seorang
diri.
“Menangiske?”Suara
perlahan Amran membuatkan Rania terkejut.Amran terus duduk di sebelah
Rania.Rania yang malu terus mengesat air
matanya.Rania berasa lebih terkejut apabila Amran menghulurkan sapu tangannya
yang berwarna biru kepada Rania.
“Aku
dengar kau nak sambung belajar ke Rusia…Hebatlah kau!”
“Awak ape kurangya….Nanti,awak jagelah
ibu awak…Boleh saye tanye khabar die selalu…”Kata-kata Rania membuatkan Amran
mencebik.
“Aku tak nak jage die!Aku masih
marahkan die!Kau tak faham perasaan aku!”Amran meninggikan suaranya.
“Amran,awak tak boleh cakap macamni.Die
ibu awak!Die yang melahirkan awak!Cubelah bukak hati awak….Jangan
berdendam!Bukan die yang bersalah dalam penceraian yang berlaku!Awak tak boleh
letak kesalahan tu pada ibu awak saje!Awak kene terime!Ibu awak tengah
sakit,die perlukan sokongan!Kalau bukan awak yang beri,susah untuk die menerime
sokongan daripada orang lain…Jagelah die,sayangilah die selagi die ade…”Suara
tegas Rania membuatkan Amran terpempan.Amran termenung.
“Buang ego awak,minta maaf dengan ibu
awak,ubah sikap awak….Saye kecewa dengan awak…Saye ingat awak
handsome,pandai,awak seorang anak yang baik.Tapi,awak membuatkan kepercayaan
saye kepade awak jatuh.Awak tak seperti yang saye sangka!Awak melukakan hati
ibu awak!Jujur saye katekan,saye minat dengan awak.Tapi,lepas ape yang saye
tengok,hati saye berubah…Berubahlah,Amran…”Ikhlas Rania menasihatkan
Amran.Amran hanya terdiam dan termenung.Dia mahu membalas kata-kata Rania
tetapi,dia mengakui kesalahannya.Lama dia termenung sehinggalah Rania bangun.
“Kau…Kau
nak pergi mane?”
“Nak baliklah…Kan dah nak
Maghrib?Nah….”Rania menghulurkan sapu tangan Amran sambil tersenyum manis.Tidak
disangka-sangka,Amran membalas senyumannya membuatkan dia malu.Amran bangun.
“Ambiklah…Bawak pergi Rusia tau!Kalau
kau rindu aku,tengoklah sapu tangan tu….”Kata Amran sambil berlalu pergi
meninggalkan Rania yang kaku.
……….
Rania
menghempaskan badannya di atas katil yang empuk.Dia berasa sungguh penat
selepas menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarahnya.Dia mencapai
telefonnya.Dia sudah berjanji untuk menelefon Amran pada setiap hari
Ahad.Misinya hanya satu.Dia mahu bertanya khabar tentang keadaan Puan
Marina.Dia juga mahu bercakap dengan Puan Marina kerana Amran akan pulang ke
rumahnya setiap hujung minggu.Amran melanjutkan pelajarannya dalam bidang
Kejuruteraan Awam di Politeknik Melaka selama tiga tahun.
“Hello,Assalamualaikum…”
“Waalaikumussalam orang Rusia…How are
you?”Amran ketawa.
“I’m fine,Amran…Cikgu Marina macammane?Okay?Die
ceria,tak?”
“Alhamdulillah…Die okay je…Now,die ade
kat bawah pokok,berbual dengan ibu awak…Ceria je…”Amran tersenyum lebar.
“Rindunya
kat cikgu and my family!!!Next week,kite skype tau!Nak tengok muke mak and
cikgu…”
“Dengan saye,tak rinduke?”Amran
ketawa.Rania sudah tersipu-sipu malu.Sejak Amran berbaik dengan Puan Marina dan
Rania,dia suka mengusik Rania.Hubungannya bersama Puan Marina semakin
erat.Nasihat yang diberikan oleh Rania amat terkesan di hatinya.Dia tidak sepatutnya
mengabaikan wanita yang telah melahirkannya ke dunia.Dia tidak mahu menyimpan
dendam kepada ibunya jika mahu berjaya di dunia dan akhirat.Kasih sayang Rania
terhadap ibunya membuatkan dia tersedar dan berubah.
Rania sudah tidak sabar-sabar lagi
untuk pulang ke pangkuan keluarganya.Setelah lima tahun dia berjuang untuk
mencapai impiannya,akhirnya dia pulang
ke Malaysia.Tempoh lima tahun amat panjang baginya.Dia terpaksa menahan rindu dengan
tangisan.Dia terpaksa tabah dan cekal untuk menjalani kehidupan di negara
orang.Susah senangnya di Rusia meninggalkan kenangan yang indah dalam hidupnya
walaupun berjauhan dengan keluarga.Rania sudah terbayang wajah-wajah insan yang
disayanginya termasuk Puan Marina.Setiap senyuman yang dihadiahkan kepadanya
amat dihargai dan membuatkan hatinya sentiasa bersemangat untuk terus hidup di
bumi orang.
……….
Keluar
sahaja dari balai berlepas,Rania terus berlari mendapatkan keluarganya.Rania
menangis teresak-esak sambil memeluk Puan Fatimah.Dia sungguh gembira dapat
bertemu dengan keluarganya.Dia mencari-cari kelibat Amran dan Puan Marina
tetapi,tidak kelihatan.Dia cuba menahan sedih dengan melepaskan rindu yang menebal dalam dirinya
kepada keluarganya.Saat dia memusingkan badannya ke belakang,dia ternampak
seorang wanita di atas kerusi roda sedang tersenyum kepadanya.Rania terus
mengalirkan air matanya.Sungguh dia merindui insan yang bergelar guru itu.Dia
melepaskan beg di tangannya dan berlari ke arah Puan Marina.Pelukan yang erat
diberikan kepada Puan Marina yang sudah menangis teresak-esak.Ciuman juga
diberikan disertai dengan pelukan yang masih tidak dilepaskan.
“Cikgu,cikgu sihat?”Rania masih
menangis.Puan Marina mengangguk perlahan.
“Rania,tengok kat sane!”Puan Marina menyuruh
Rania memandang ke kanan.Seorang lelaki kacak yang tinggi lampai sedang
berjalan menuju ke arahnya.Rania terkejut.Amran datang membawa sejambak bunga
ros yang berwarna-warni sambil menhadiahkan senyuman yang menawan.Rania
tersenyum indah.Dia masih tidak mempercayai apa yang dilihatnya.Saat Amran
menyerahkan bunga kepadanya,ahli keluarga Rania terus ketawa.Pasti ada berita
gembira yang menantinya pada esok hari.
NOTE: Atas permintaan penulis. anda boleh komen/cadangkan idea korang. Insyaallah dia akan bina cerpen lagi. ^^ stay tuned.
Assalamualaikum…saya memang amat meminati bidang penulisan.Saya akan cuba memperbaiki kelemahan dari hari ke hari supaya saya dapat menghasilkan karya yang terbaik dan mendapat tempat di hati pembaca.Terima kasih saya ucapkan kepada ibu bapa saya,Puan Fatimah dan Encik Zaidi,keluarga saya,guru-guru saya terutamanya Puan Halimah yang memberikan tunjuk ajar kepada saya untuk menghasilkan cerpen ini,kawan-kawan dan orang yang sentiasa menyokong saya.SELAMAT MEMBACA!!!!
No comments:
Post a Comment