“Ya Allah!Amran,sampai hati awak cakap
macamtu?Ibu awak yang jage awak selamani.Awak jangan jadik macam kacang lupakan
kulit,Amran.Awak baru 15 tahunlah,Amran.Cube awak hidup sendiri tanpa bantuan
sesiapa,bolehke?Awak sepatutnya menjage ibu awak bile die sakit.Kenape awak
macamni?!”Rania meninggikan suaranya.Amran membaling pinggan ke lantai dan
terus masuk ke dalam biliknya.Rania cuba bersabar.Kalau diikutkan hati
remajanya yang sedang membara dengan api kemarahan,mahu sahaja dia bergaduh
dengan Amran.Tetapi,apabila dia mendengar suara tangisan Puan Marina,dia
terpaksa menahan perasaannya itu.Rania mengelap air mata Puan Marina yang
mengalir deras.Dengan spontan,Rania memeluk Puan Marina yang sudah
teresak-esak.Rania cuba mendamaikan hati Puan Marina.Petang itu,sebelum
pulang,Rania membantu Puan Marina mandi.Dengan penuh kasih sayang,dia memapah
Puan Marina yang lemah ke bilik air dan menyediakan pakaiannya.Pinggan mangkuk
yang kotor juga dia bersihkan.Dalam kemarahan,Rania masih ada sifat baik hati
dengan memasakkan lauk lemak pucuk ubi untuk Amran.Dia berharap Amran akan
berubah dan lebih memberikan perhatian kepada ibunya.
……….
“Mak,ayah….Rania nak buat homework
dekat tepi pantai,boleh?Ade task Sejarah yang Cikgu Marina bagi.”Rania meminta
izin.Selepas ibu dan bapanya memberikan keizinan,dia melangkah dengan laju
kerana dia tidak sabar untuk berjumpa dengan pantai.Semasa dia berjalan
keluar,Puan Marina memanggilnya.
“Rania
nak pergi mane?”
“Pantai.Nak buat task yang cikgu
bagi.Cikgu nak ikut?Boleh lepaskan tekanan…”Rania berharap Puan Marina akan
mengikutnya kerana dia mahu bertanya jika dia tidak faham.Puan Marina
mengangguk laju dan menyertai langkah Rania.Semasa mereka berdua
berjalan,mereka berbual-bual kosong untuk mengelakkan tekanan.Apa yang
membuatkan Puan Marina selesa ialah Rania memegang tangannya semasa
berjalan,mungkin mengetahui tahap kesihatannya yang tidak menentu dan sering
sakit.Cara mereka seperti kemesraan antara ibu dan anak.Puan Marina begitu
menyayangi Rania yang selalu membantunya dan menceriakan hidupnya.Sebelum Rania
membuat tugasan yang diberi,dia menarik tangan Puan Marina dan membawanya bermain
dengan air laut.Mereka tidak kisah dibasahi dengan air laut.Aksi Rania yang
menenangkan hati Puan Marina membuatkan dia ketawa dan selalu ceria.Rania
memercikkan air ke muka Puan Marina dan dengan pantas,Puan Marina
membalasnya.Selama satu jam,mereka berseronok bermain dengan air laut.Hidup
Puan Marina yang sentiasa sunyi selama ini sudah ada penghibur yang boleh menggembirakan
hidupnya.Biarlah fizikal Rania tidak secantik orang yang kurus tetapi,akhlaknya
sangat baik.Tiba-tiba,Puan Marina memeluk Rania dari belakang yang leka
mendongak ke langit dan melihat burun-burung berterbangan.
“Cikgu sayangkan Rania macam anak
sendiri.Dah setahun Rania selalu tolong cikgu,ceriakan hidup cikgu…Tak tahulah
kalau cikgu dapat merasainya lagi nanti…Cikgu
gembira dapat tengok Rania selalu….Terime kasih…”Puan Marina mengalirkan air
matanya.Dia begitu terharu dengan layanan ikhlas daripada Rania yang tidak
pernah mengeluh.Rania tersentak.Tidak semena-mena,air matanya mengalir di
pipi.Sungguh dia tidak percaya dengan penghargaan yang diberikan oleh Puan
Marina.Dia tidak menyangka selama ini Puan Marina sangat menyayanginya.
“Cikgu,janganlah nangis.Saye sensitif kalau
orang menangis…Cikgu,jujur saye katekan,saye gembire dapat gembirekan
cikgu…Saye pon sayang cikgu…InsyaAllah,kalau saye dipanjangkan umur,saye akan
sentiasa jage cikgu dan ibu bapa saye sampai akhir hayat saye…Okay?”Rania
memujuk dengan ikhlas.Lama mereka berpelukan.Pelukan seperti ibu dan anak itu
disertai dengan pemandangan indah lautan yang terbentang luas dihiasi dengan
burung-burung yang bebas berterbangan di langit.Setelah agak lama,Puan Marina
melepaskan pelukan dan memimpin tangan Rania menuju ke meja kayu di bawah
pokok.Wajah muram Rania membuatkan Puan Marina mendapat satu idea untuk
menghiburkannya.
“Anak
cikgukan handsome…..ramai peminat pulak tu…”kata Puan Marina.Rania mengerutkan
keningnya.
“Memanglah Amrantu handsome,ramai
peminat,cute like a Korean,menarik perhatian,tegap walaupun baru 16
tahun…”Tiba-tiba,Rania menjadi naif.Dia tidak dapat mengagak usikan Puan
Marina.
“Raniakan cakap nak sentiase jage
cikgukan sampai akhir hayat?Cikgu ade satu idea untuk membuatkan Rania selalu
jage cikgu….Idea ni memang bernas dan sentiasa diingini oleh remaja perempuan
yang kenal Amran…”Puan Marina sudah tergelak melihat riak muka Rania yang
sedang bingung mencari jawapan.
“Ape idea tu?Saye pon terfikir
macammane nak jage cikgu selalu kalau saye kahwin nanti…”
“Rania
kene kahwin dengan Amranlah!!!”Puan Marina mula melarikan diri.Rania yang tidak
memahami tadi baru tersedar.Dia malu dan dalam masa yang sama,dia mahu mengejar
Puan Marina yang mengusiknya tadi.Mereka berkejaran sambil bergelak
ketawa.Tiba-tiba,Puan Marina terhenti dan memerhatikan sesuatu.Kelihatan Amran
sedang melepak bersama kawan-kawannya di tempat yang selalu dia pergi.Puan
Marina membuta keputusan untuk pulang tanpa menoleh belakang.Rania
tercengang.Selepas beberapa ketika,barulah dia menyedari apa yang berlaku.Puan
Marina berasa sedih dan marah dengan Amran.Hati ibu sukar diduga.Sabarnya ibu
ada batasnya.Kasihnya ibu tiada penghujungnya.Walaupun Puan Marina nampak berlembut
dengan Amran,dia juga mempunyai perasaan.Mungkin selama ini,dia
mengalah.Tetapi,kalahnya dia bukan kerana dia lemah tetapi,mahu memberi anaknya
peluang untuk berubah.Hati Rania juga sakit melihat perbuatan Amran yang tidak
pernah serik walaupun dimarahi.Akhirnya,Rania pulang tanpa menyiapkan
tugasannya.Dia tidak mempunyai semangat untuk menyelesaikannya selepas melihat
apa yang berlaku.Biarlah kesedihan itu ditinggalkan tanpa dibawa pergi.
……….
Pagi
Jumaat yang indah dan barakah.Rania hanya berehat di rumah kerana dia baru
selesai menjalani peperiksaan akhir tahun Tingkatan Empat.Dia hanya mahu
merehatkan mindanya di rumah kerana petang nanti dia mahu pergi ke pantai
bersama Puan Fatimah dan Puan Marina.Dia sudah tidak sabar-sabar lagi mahu
bermain air dengan mereka.Jeritan Amran
membuatkan Rania lekas-lekas bangun dan mencapai tudungnya.Puan Fatimah dan
Encik Zaidi juga berlari keluar dengan cepat.Rania ketakutan.Dia menggagahkan
diri untuk keluar.
“Kenapa,Amran?”Dengan cemas,Puan
Fatimah bertanya.Air mata yang bergenang di dalam matanya cukup membuatkan hati
Rania terseksa.
“Ibu,ibu…..ibu….”
……….
Air
mata Rania deras mengalir di pipi gebunya.Dia tidak dapat mengungkapkan
kata-kata.Kesedihannya melihat sekujur tubuh yang lemah di depan matanya
membuatkannya kaku dan tidak bergerak.Dia terkejut.Penerangan yang diberikan
oleh doktor tadi sungguh menyentap perasaannya.Dia cuba menenangkan hatinya
tetapi,kenangan indah antara dia dan Puan Marina sering bermain di fikirannya
sehinggakan dia hampir hilang pertimbangan.Mujurlah Puan Fatimah memeluknya dan
menenangkannya.Rania menangis teresak-esak dalam pelukan ibunya.Rania menunggu
peluang untuk berjumpa dengan Puan Marina kerana Puan Marina diziarahi dengan
saudara-maranya yang jauh dan jarang sekali bertemu.Kesedihan Rania lebih
meningkat selepas Amran menelefon saudara-maranya untuk memaklumkan kejadian
yang berlaku,dia terus menghilang entah ke mana.Rania geram dan bengang dengan
sikap keras kepala Amran.Selepas saudaranya pulang,Rania pantas memeluk Puan
Marina sambil menangis.Puan Fatimah dan Encik Zaidi hanya memandang,mungkin
memberi peluang kepada Rania untuk bersama Puan Marina.
“Maafkan cikgu sebab tak dapat teman Rania
pergi pantai….”Puan Marina sudah mula menangis dan menyambung lagi,
“Lepasni
pon tak boleh….Cikgu tak boleh jalan lagi…”Kata-katanya membuatkan Rania
semakin menangis teresak-esak.Dia meletakkan kepalanya di atas dada Puan
Marina.
“Cikgu boleh pergi pantai,cikgu
boleh….Rania boleh bawak…Cikgu mesti boleh pulih nanti,InsyaAllah…..Rania akan
jage cikgu….”Rania masih memeluk Puan Marina.Dia masih tidak berhenti
mengalirkan air mata.Dia bertekad mahu menjaga Puan Marina pada malam
tersebut.Walaupun dihalang,sayangnya kepada Puan Marina membuatkan ibu bapanya
tidak boleh berkata apa-apa.Mujurlah dia tidak bersekolah esok.
……….
Bermulalah
kehidupan Puan Marina yang lumpuh daripada pinggang ke bawah.Dia terpaksa
meninggalkan dunia pekerjaannnya sebagai guru.Dia terpaksa menghabiskan masanya
dengan duduk di rumah sahaja.Walaupun begitu,Amran masih tidak berubah.Dia
seperti berdendam dengan ibunya.Dia tidak menghiraukan keadaan ibunya yang
semakin membimbangkan dari hari ke hari.Mujurlah seorang sepupu perempuannya
yang tidak bekerja sanggup menjaga Puan Marina sepenuh masa.Rania juga tidak
kurangnya.Semasa dia sibuk menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia,dia tetap
meluangkan masa bersama Puan Marina.Walaupun dihalang oleh Puan Marina,Rania
masih tetap dengan keputusannya.Mujurlah Rania seorang pelajar yang bijak dan
pandai membahagikan masanya.
“Mak,petangni,Rania nak tolong mandikan
cikgu tau!”Rania meminta izin.Dia tidak pernah melupakan Puan Marina.Perasaan
sayangnya semakin bertambah dan tidak pernah berubah.Rania berjalan ke rumah
Puan Marina.
No comments:
Post a Comment