Karya: Nurzaidatul Ahdwa binti Ahmad.
Kelahiran bayi kembar di Hospital Selayang amat menggembirakan Tengku
Hilman yang sedari tadi ke hulur ke hilir kerana risau akan isterinya yang
sedang bertarung nyawa di bilik bersalin.Dia masuk ke bilik bersalin untuk
melihat isterinya dan anak-anaknya.Isterinya telah melahirkan seorang bayi
lelaki dan seorang bayi perempuan.Sebelum berkahwin,Tengku Hilman dan Tengku
Intan Zulaikha telah memikirkan nama untuk anak mereka.Mereka menamakan anak
lelaki mereka Rayyan Iskandar dan anak perempuan mereka Dayyan Afrina.Raut
wajah mereka kelihatan sangat teruja apabila mendapat cahaya mata setelah lama
mereka mendirikan rumah tangga.Kehadiran Rayyan dan Dayyan membuatkan hubungan
antara Tengku Hilman dan isterinya semakin erat.
Setelah Tengku Intan habis pantang,dia mula pergi ke pejabat dan
mengupah seorang pengasuh untuk menjaga anak-anaknya.Tengku Hilman tidak suka
dengan perkara yang dibuat oleh Tengku Intan.Jadi,keesokan paginya Tengku
Hilman menyuruh isterinya berhenti bekerja kerana risau akan anak –anaknya yang
diasuh oleh Kak Timah yang berasal dari
Indonesia.Tengku Hilman risau kerana zaman moden ini pengasuh tidak menjaga
anak yang diasuh dengan baik.Seperti yang selalu dibacanya di dalam akhbar,ada
yang membaling bayi,menghempas,tidak memberi makan dan minum dan ada yang cuba
mengambil anak itu daripada ibu bapanya.Akhirnya Tengku Intan bersetuju dengan
pendapat suaminya dan berhenti bekerja.Dia tidak pernah ingkar akan arahan
suaminya walaupun ada perkara yang tidak dipersetujuinya.
Setelah beberapa tahun,Rayyan dan Dayyan sudah mula didaftarkan di
sekolah berprestij tinggi dimana hanya anak – anak orang berada yang bersekolah
di situ.Tengku Intan berfikir untuk memasukkan anak-anaknya ke sekolah biasa
kerana takut anak-anaknya akan mula lupa ajaran islam yang selama ini diajar
olehnya.Dia memberitahu kepada suaminya apa yang difikirnya,akan tetapi
suaminya tidak bersetuju kerana mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya.Tengku
Intan sangat kecewa dengan sikap suaminya yang keras kepala dan tidak mahu
mendengar nasihat orang lain.Tengku Intan berharap yang suaminya tidak akan
menyesal jika anak-anaknya berkelakuan buruk terhadap mereka bak kata pepatah
sudah terhatuk baru terngadah.
Apabila anak-anaknya sudah tamat persekolahannya,mereka sudah mula
berfoya-foya,pergi ke kelab malam dan mereka bergaul tidak mengira batas antara
lelaki dan perempuan.Pada suatu malam,Rayyan dan Dayyan pulang ke rumah dalam
keadaan mabuk.Tengku Hilman dan Tengku Intan terkejut apabila melihat mereka
sebegitu.Tengku Hilman memarahi Rayyan dan Dayyan tetapi mereka tidak takut
akan dirinya.Rayyan!Dayyan!kenapa kamu berdua mabuk?Marah Tengku Hilman.Rayyan
dah besar ayah!kenapa kena ikut cakap ayah dan ibu.Ntah ayah dan ibu,kami boleh buat apa yang kami nak.Ayah dan ibu
tidak perlu masuk campur hal kami jawab
Dayyan. Kurang ajar punya anak! Tengku Hilman sudah mula hilang sabar,dia
menampar anak-anaknya sekuat hatinya PANG!PANG!Selama ini aku jaga kau orang,
ini balasannya?Mulai sekarang,duit belanja kau orang aku sekat.Tengku Intan
hanya berdiam diri dan menangis apabila melihat keadaan anak-anaknya.Dia sudah
mengagak yang perkara ini akan terjadi.Dia sudah melarang suaminya untuk
memasukkan anak-anaknya ke sekolah itu,akan kerana sikap suaminya itulah
anak-anaknya menjadi begini.Tengku Hilman masuk ke biliknya sambil menghempas
pintu.Manakala Tengku Intan agak terkejut kerana dia tidak pernah melihat suaminya marah sampai begitu sekali.Jadi,dia
pergi ke bilik suaminya dan memujuk suaminya.Rayyan dan Dayyan yang tidak heran dengan sikap ayahnya terus masuk ke
bilik mereka.
Keesokannya,Tengku Intan pergi ke bilik mereka berdua untuk menasihati
tetapi dia telah dimarahi oleh mereka.Ibu,ibu tak payah masuk campur hal
kamilah.Kami dah besar dan kami tak perlu nasihat ibu.Tengku Intan menasihati
mereka lagi Rayyan,Dayyan tak kesian ke melihat ayah menangis malam tadi dengan
apa yang kau orang dah buat?Tak! Jawab mereka berdua serentak.Buat apa nak
kesian dengan orang yang dah sekat duit perbelanjaan kami dan marah kami?kata
Dayyan.Jadi,kalau boleh kamu berdua tidak boleh dimarahi?Begitu?marah Tengku
Intan.Mereka mula berfikir,ya!jawab
Rayyan.kami tak nak dimarahi dan mahu bebas dari rumah ni,dari ayah dan ibu dan
semua yang berkaitan dengan KAU!Tengku Intan yang terkejut dengan apa yang
dikata oleh Rayyan cuba menamparnya,tetapi dihalang oleh Rayyan dan dia
menampar ibunya.Tengku Intan terkesema dengan apa yang dilakukan oleh
anak-anaknya.
Sedari tadi,Tengku Hilman asyik melihat isterinya menasihati
anak-anaknya.Difikirnya,anak-anaknya akan mendengar nasihat orang yang
mengandungkan mereka selama Sembilan bulan yang digelar sebagai
IBU.Malah,dilihatnya mereka menampar isterinya.Dia mula mengorak langkah ke
arah isteri dan anak-anaknya.Kurang ajar kau Rayyan dan Dayyan!Sanggup kau menampar
orang yang selama ini bagi kau orang kehidupan,ajar kau orang mengenai agama
islam.Kau orang tak tahu ke yang syurga kau orang di telapak kakinya?Tengking
Tengku Hilman.Dia amat kecewa dengan anak-anaknya dan berharap Tuhan akan
menolong membawa mereka ke jalan yang betul.Rayyan dan Dayyan senyum
mengejek,hahh?ada syurga di bawah telapak kaki ibu?Hahaha mereka
ketawa.Nonsense!mana ada syurga kat telapak kaki dia fikir dia bidadari ke atau
Tuhan?Tengku Hilman dan Tengku Intan sudah mula mengucap di dalam
hati.Astagfirullahalazim!Apa yang aku sudah buat ya Allah sampai anak-anakku
kurang ajar terhadap aku dan ibu mereka sendiri?Rayyan dan Dayyan yang sudah
rimas dengan keadaan itu mula keluar dengan kawannnya.Mereka tidak menghiraukan
ayah dan ibunya yang menangis teresak-esak di rumah itu.
Selama ini,mereka sudah mencurahkan kasih sayang yang banyak kepada
Rayyan dan Dayyan bagai menatang minyak yang penuh.Tetapi,mereka tidak tahu apa
yang kurang dengan kasih saying itu.Setahunya,isterinya sudah banyak mengajar
anak-anaknya tentang agama islam,mengajar mengaji dan membawa mereka ke rumah
ustaz untuk mempelajari ilmu fardu ain dan fardu kifayah.Tengku Hilman mula
berfikir apa punca anak-anaknya menjadi begitu selepas mereka keluar.Dia fikir
adakah kerana aku tidak mendengar kata anak-anaknya?Kenapa aku perlu mendengar
kata anak-anakku sedangkan aku ketua keluarga?atau kerana aku tidak mendengar
nasihat isteriku untuk menghantar anak-anakku ke sekolah biasa?Ya!mungkin
perkara itu yang menjadikan anak-anakku melawan cakap aku dan isteriku.
Pada
petang hari itu,Rayyan dituduh oleh kawannya yang dia menjadi keldai dadah kerana takut ditangkap
oleh polis.Rayyan cuba menafikan tuduhan itu,tetapi polis itu tetap
menangkapnya dan bercakap hal ini nanti di balai polis.Manakala kawan Dayyan
banyak berhutang dengan along,dan tidak mampu membayarnya dan meminta Dayyan
membayarnya.Dayyan memarahi kawannya kau gila ke nak suruh aku bayar?Aku mana
ada duit?Kau ni pun,dah tahu tak punya duit nak bayar yang pergi pinjam kenapa?Dah
la pinjam dengan along pulak tu!Masalah la kau ni!Ish!!!Dengus Dayyan.Ala!kau
kan ada duit.pinjamkanlah kat aku kata kawannya.Masalahnya ayah aku dah sekat
duit perbelanjaan aku dengan abang aku,jawab Dayyan.Kenapa pulak?Tanya
kawannya.Aku dan abang aku balik dalam keadaan mabuk.Maaflah aku tak boleh
tolong kau lah.okaylah aku nak balik dulu.
Dayyan menelefon abangnya tetapi tidak ada yang mengangkat kerana
telefon itu telah dirampas oleh pihak polis.Ketika sampai di rumah,Dayyan
melihat ayah dan ibunya menangis lalu bertanya kenapa ayah dan ibu menangis
malam malam ni?Ada orang mati ke?Siapa?Mana?.Dia melihat sekeliling rumah dan
bertanya kepada ibu dan ayahnya Mana abang? Dia tak balik lagi ke? Tadi Dayyan
call dia tapi dia tak angkat telefon dia.Kau tak tahu ke yang abang rayyan kau
ditangkap polis? Tanya Tengku Hilman.Hahh? Ditangkap polis? Sebab apa? Dayyan
tak tahu pun pasal tu! Kata Dayyan.Abang kau kena tangkap sebab dituduh menjadi
keldai dadah,kau tahu? Mana aku nak letak muka aku ni? Aku malu dapat anak
macam kau orang ni!! Kata Tengku Hilman sambil menahan air mata daripada
mengalir.Tetapi ayah,abang rayyan dituduh bukannya dia buat perkara tu! Sama
saja walaupun dia tak buat,yang dia pergi berkawan dengan orang yang menjadi
keldai dadah kenapa? Macam dah tak ada orang baik yang nak berkawan dengan
dia.Kalau kau orang berdua berkawan dengan orang yang baik,mungkin kau orang
takkan terjebak dalam masalah yang besar macam sekarang ni tau?. Kata Tengku
Hilman. Dayyan diam sekejap,memang betul apa yang dikatakan oleh ayahnya,kalau
dia dan rayyan berkawan dengan orang yang baik mungkin mereka tidak kurang ajar
dan menampar ibu mereka sendiri.
Dayyan meminta ibunya supaya memujuk ayahnya untuk membebaskan abangnya.Tetapi,
ayahnya tetap berkeras untuk membiarkan abangnya duduk di penjara sementara
supaya abangnya menyesal atas apa yang dilakukan.Dayyan cuba memujuk ayahnya
untuk mengikat jamin abangnya dan dia berjanji yang dia akan mendengar kata ibu
ayah dan akan berkawan dengan orang yang baik.Ayah! Ibu! Dayyan nak minta maaf kerana
sudah banyak menyusahkan ibu dan ayah.Kata Dayyan sambil memengang tangan dan
mencium tangan mereka.Tengku Intan Zulaikha mengangguk dan mencium dahi anak
perempuannya Dayyan.Manakala Tengku Hilman menarik nafas lega apabila melihat
anak perempuannya sudah kembali ke jalan yang benar.
Dia memanggil Dayyan dan memeluk anaknya sambil menangis.Mereka akan
pergi ke balai polis esok pagi untuk mengikat jamin.Mereka masuk ke bilik
masing masing untuk berehat dan menenangkan diri yang risau akan anak lelakinya
pula.Tengku Hilman dan Tengku Intan Zulaikha tahu yang Dayyan tidak boleh
berpisah dengan abangnya Rayyan kerana mereka kembar dan sentiasa bersama dari
kecil. Pada keesokan harinya,kring!! Kring!! Kring!! Kring!! Telefon Dayyan
berbunyi, Asalamualaikum siapa ni? Hello! Dayyan kau ke ni? Sejak bila kau bagi
salam ni? Hah! Lupakan sajalah kau ada duit tak?aku nak pinjam nak shopping
la.Tanya kawan Dayyan. Minta maaflah aku
tak ada duit dan lagi satu perkara aku tak nak berkawan dengan kau dah sebab
aku nak berubah.Kalau kau masih nak berkawan dengan aku,kau ubahlah akhlak kau
dari segi pakaian,pergaulan dan adab ketika bercakap.Macam mana kau boleh
berubah ni Dayyan? Tanya kawannya. Aku nak berubah,aku malu dengan ayah dan ibu
aku.Aku dah banyak menyusahkan mereka dari aku kecil hingga aku besar jawab
Dayyan.Dia menghembus nafas lega apabila dia sudah habis bercakap dengan
kawannya
Tengku Hilman dan Tengku Intan Zulaikha pergi ke bilik Dayyan untuk
meminta dia bersiap untuk ke balai polis. Knok! Knok! Dayyan bersiap cepat dah
nak pergi ni.Kata Tengku Intan Zulaikha sementara Tengku Hilman menunggu di
luar rumah. Okay ibu,Dayyan dah siap ni! Jawab Dayyan.Tengku Intan sudah berada
di tempat suaminya menunggu dan beberapa minit kemudian Dayyan turun dan pergi ke
ibu dan ayahnya.Mereka tersenyum gembira apabila melihat Dayyan molek berbaju
kurung dan memakai tudung.Tanpa membuang masa,mereka terus ke balai
polis.Sampai di balai polis,mereka melihat Rayyan sedang duduk di bangku
menunggu untuk disoal siasat.Dia merasa seperti ada seseorang yang sedang
memerhatikannya dan apabila dia terus berpaling,dia melihat ada ibu,ayah dan
juga adiknya yang cantik bertudung.Tengku Hilman dan Tengku Intan terus
mengikat jamin anaknya dan dia dibebaskan.Mereka menuju ke kereta. Eh Dayyan!
kenapa kau berubah sangat ni dik? Tanya dia.Kita kena berubah bang supaya kita
tak terlibat dengan perkara macam ni lagi yang boleh memalukan ibu dan ayah
jawab Dayyan.Mulai sekarang,kita kena berkawan dengan orang yang baik akhlaknya
agar kita menjadi seperti mereka.Rayyan fikir ada betulnya apa yang diberitahu
oleh adiknya, ya mulai hari ini abang akan berkawan dengan orang yang baik
akhlaknya.
Apabila
sampai di rumah, Rayyan terus pergi ke ibu dan ayahnya kerana dia ingin meminta
maaf.Ibu! Ayah! Maafkan Rayyan atas semua yang Rayyan dah lakukan, Rayyan
sanggup tampar ibu hanya sebab ibu menasihati kami adik beradik. Rayyan betul
betul menyesal, maafkan Rayyan ibu, ayah, Mohon Rayyan. Kami maafkan kau nak!
Kami tak pernah simpan benda benda yang lepas Cuma kami harap kau akan menjadi
anak yang soleh dan boleh melindungi ahli keluarga.Jawab Tengku Hilman dan
isterinya. Pada petang itu,mereka bersama bersiap sedia untuk sembahyang
bersama sama untuk pertama kalinya. Tengku Hilman dan Tengku Intan Zulaikha
sangat bersyukur atas apa yang telah berlaku dan mereka sekeluarga hidup dengan
gembira tanpa ada masalah.
No comments:
Post a Comment