karya Nurin Sakinah Najihah Ismail
Sudah
setahun aku meninggalkan keluargaku bagi melanjutkan pelajaran di luar negara.
Ingin juga aku pulang ke tanah airku tetapi tiada kesempatan. Aku bertekad
untuk meyelesaikan semua assignment
dan pulang ke pangkuan keluarga dengan segera.
“Ah!
Kenapa banyak benar assignment yang
perlu ku buat?! Ini tidak adil!” teriakku bagi melepaskan kegeraman yang
terpahat di hati.
“Sabarlah,
wahai sahabatku. Ini mungkin dugaan daripada Allah,” kata rakanku, Khairul,
yang juga berasal dari Malaysia. Sejujurnya, aku penyabar orangnya tetapi
setiap insan bukan sempurna ciptaannya. Selepas mendengar nasihat daripada
teman sebilik ku itu, aku kembali reda dan sambung menyelesaikan assignment yang masih tertunggak.
Sudah
pukul satu pagi tetapi aku masih meneruskan kerjaku tanpa menghiraukan keadaan
sekeliling. Beberapa minit kemudian, mataku sudah tidak mampu mencelekkan
semula dan aku hampir ingin merebahkan badan ke atas katilku yang empuk dan
gebu. Hampir sahaja aku berbuat demikian tetapi dalam pada masa yang sama, aku
terbayang wajah keluargaku yang tersayang.
“Ah! Aku tidak boleh tidur sekarang! Aku harus
kembalikan semula semangatku yang hampir hilang itu.” Aku bergegas ke tandas mengambil
wuduk bagi menunaikan solat tahajud untuk mengembalikan semula semangatku.
Ketika dalam perjalanan menuju ke tandas, aku terdengar bunyi-bunyian yang
mengerikan. Pada mulanya, aku berfikir itu hanyalah serangga mahupun bayanganku
sahaja kerana aku terlalu mengantuk tetapi bunyi tersebut semakin hampir dengan
ku. ‘Apa benda itu? Meremang bulu roma aku dibuatnya. Ya Allah, jauhilah aku
dari gangguan makhluk halus dan syaitan,’ doaku di dalam kalbu. Walaupun begitu,
aku segera mempercepatkan langkah dan pergerakan ku agar tidak bertembung
dengan makhluk tersebut. Ketika aku hampir masuk ke tandas, bunyi tersebut
sudah pun tidak kedengaran dan hilang begitu sahaja. ‘Mungkin sahaja sudah
sampai waktunya untuk pergi,’ kata hatiku. Beberapa minit selepas selesai
mengambil wuduk, aku kembali ke bilik ku yang terletak berhampiran dengan bilik
senior. Walaupun bunyi tersebut hilang dalam sekelip mata tetapi masih terkesan
di hati. Dalam perjalanan pulang ke bilik juga aku membaca ayat-ayat yang boleh
menenangkan aku supaya menjadi pendinding aku sepanjang perjalanan pulang ke
bilik. Setiba sahaja di dalam bilik, aku terus mencapai sejadah yang bewarna
biru tua di ampaian milikku untuk menunaikan solat tahajud. Selesai sahaja
mengerjakannya, aku berdoa kepada Allah yang Maha Esa agar keluarga ku selamat
daripada sebarang kecelakaan. Habis sahaja aku berdoa, dada ku terasa sungguh lapang
dan tenang seperti segala kesepian dan kesunyian yang ku rasai hilang bagai di
tiup angin. Walaupun begitu, aku perlu meneruskan menyiapkan tugasan yang
diberikan secepat mungkin. Kemudian, aku kembali meneruskan assignment ku tetapi sesampai sahaja di
meja belajarku, ku lihat barang-barang yang disusun rapi kini berselerakan.
Kertas-kertas assignment, alat-alat
tulis, dan buku-buku tidak berada di kedudukan yang asal. Gelisah dan resah aku
dibuatnya kerana situasi begini berlaku sebentar tadi. Akhirnya, aku membuat
keputusan untuk memastikan siapakah gerangan yang mengganggu aku. Aku berpaling
ke belakang dan alangkah terkejutnya apabila aku mendapat tahu bahawa
rakan-rakan sebilikku yang telah menakut-nakutkan aku sebelum ini. Hampir
pengsan aku dibuatnya.
“What are you doing?! It’s 2.30 a.m. now!”.
Marahku kepada mereka selepas apa yang telah mereka lakukan sebentar tadi.
“One, two, three, happy birthday, Naqib!”
sambut Khairul dan rakan-rakan sebilik ku yang lain. Terkejut tidak terkata aku
dibuatnya. Pada ketika itu juga aku menitiskan air mata kerana terlalu gembira.
Aku terlalu sibuk untuk menyiapkan tugasan ku sehinggakan lupa akan tarikh
lahir sendiri.
“Terima
kasih, Khairul dan rakan-rakan yang lain. Tidak ku sangka kalian ingat tarikh
lahirku tetapi mengapa pada lewat malam begini? Anehnya,” ucapku kehairanan.
“Kami
ingin menyambutnya pada jam 12 tengah malam tadi tetapi kami tidak mahu
mengganggu kau yang sedang fokus dan sibuk menyiapkan assignment. Akhirnya, kami membuat keputusan untuk menyambutnya
lewat sedikit,” hujah Khairul panjang manakala rakan-rakan yang lain hanya
mendengar sahaja kata-katanya. Aku menganggukkan kepala ku menandakan bahawa
aku memahami apa yang dikatakannya.
“Kalau
sudah lewat begini, tidak usahlah kalian menyambutnya. Sambut sahajalah pada
esok hari.” Pada ketika itu, Khairul menjelaskannya kepada teman sebilik ku,
Nashaoki Kei, yang berasal dari Jepun.
“It’s okay. We volunteer to do this for our
roommate. We are so glad to celebrate your birthday today!”. Walaupun
begitu, aku tetap bersyukur kerana mendapat teman-teman yang baik hati seperti
mereka.
“Sejujurnya,
kami merancang untuk membantu kau menyelesaikan tugasan sehingga selesai.
Lagipun assignment yang kau harus
buat ini terlalu banyak sehinggakan penat kau dibuatnya. Boleh?” ujar Khairul
kepada ku. Tanpa berfikir panjang, aku terus menolak permintaannya. Bukan aku
tidak mahu mereka membantu tetapi hal seperti ini biarlah aku sahaja yang
selesaikan. Aku tidak mahu menyusahkan mereka walaupun mereka merupakan rakan
sebilik ku.
“You all maybe so tired now. I think, you all
have to take a rest and don’t care too much about me. I’m okay,” ujarku
lembut agar mereka tidak terkecil hati dengan keputusan ku.
“Naqib, I think you have to take a rest now.
You look really pale as a ghost.” Lantas dua orang daripada mereka mengajak
ku masuk tidur. Mereka menarik kedua-dua belah tangan ku sehinggakan aku tidak
mampu berjalan sendiri. Rakan-rakan yang lain pula menolong aku menyiapkan
segala tugasan yang masih tertunggak. Tanpa ku sedari, aku telah pun dibuai
mimpi di atas katil yang empuk dan gebu milikku.
“Naqib!
Naqib! Bangun!” Khairul mengejutkan aku pada subuh itu setelah dia mendapati
aku mengigau dengan teruk sekali.
“Ah,
Khairul rupanya. Terima kasih kerana mengejutkan aku,” ujarku kepadanya setelah
terjaga daripada tidur.
“Naqib,
teruk benarkah mimpi kamu itu? Kamu menakutkan aku sahaja. Aku fikirkan kau
telah dirasuk oleh jembalang atau makhluk halus tadi,” terlopong aku dibuatnya.
‘Jembalang? Makhluk halus? Apa yang dia cakap ini? Teruk sangatkah aku mengigau?’
Untuk tidak memikirkannya, aku segera bangun daripada katilku, lalu bergegas ke
tandas untuk bersiap-siap bagi menunaikan solat subuh. Selesai sahaja
menyiapkan diri, aku segera mengerjakan kewajipanku sebagai umat Islam pada
subuh itu bersama rakanku, Khairul. Apabila sudah selesai, aku berdoa kepada
Allah agar aku diberi peluang berjumpa dengan keluargaku yang tersayang lalu
aku bergegas bersiap-siap untuk pergi ke kuliah bersama rakan-rakanku yang
lain.
“Huh.
Penat betullah hari ini. Tidak sangka tiga jam kita berada di dalam dewan ini
tanpa bergerak langsung. Punggung aku sudah sakit dan hampir tercabut rasanya,”
keluhku kepada Khairul.
“Benar
kata kau. Daripada kita membebel di sini, lebih baik kita pergi ke kafeteria.
Perut aku sudah lapar benar ini.” Akhirnya, aku dan Khairul membuat keputusan
untuk pergi ke kafeteria untuk membeli makanan bagi mengalas perut kami yang
kosong. Sesampai sahaja di kafeteria, aku dan Khairul memesan makanan yang agak
murah di situ. Pada pandangan aku, makanan-makanan di situ boleh tahan mahal
juga. Sementara menunggu makanan sampai, kami menyambung perbualan yang
sebentar tadi diberhentikan.
“Khairul,
assignment kau sudah siap?” tanyaku
kepada Khairul.
“Assignment aku sudah siap dari minggu lepas lagi,” jawabnya dengan penuh keyakinan.
“Kalau kau diberi peluang untuk bercuti, kau akan pulang ke pangkuan keluarga kau kah?” tanyaku lagi.
“Tidak. Aku akan menetap di sini sahaja. Aku tidak mahu pulang,”
“Kenapa begitu pula? Pelik betullah. Selalunya, kalau diberi peluang untuk bercuti, pasti mereka akan pulang ke tempat asal mereka atau bercuti di mana-mana tetapi kau tidak seperti mereka. Ada sesuatu berlaku kah?” Pelbagai persoalan yang sedang berlegar-legar di fikiran aku tetapi tiada satu pun jawapan diberikan. Wajah Khairul sudah mula tegang dan akhirnya kami menyepi sahaja. Pada ketika itu, pelayan yang mempunyai tubuh badan tegap berjalan ke arah kami sambil membawa makanan yang baru sebentar tadi kami memesannya. Lalu, meletakkan makanan tersebut di atas meja dengan penuh hormat dan sopan. Kemudian, pelayan tersebut beredar dan kami mula menjamu selera.
“Assignment aku sudah siap dari minggu lepas lagi,” jawabnya dengan penuh keyakinan.
“Kalau kau diberi peluang untuk bercuti, kau akan pulang ke pangkuan keluarga kau kah?” tanyaku lagi.
“Tidak. Aku akan menetap di sini sahaja. Aku tidak mahu pulang,”
“Kenapa begitu pula? Pelik betullah. Selalunya, kalau diberi peluang untuk bercuti, pasti mereka akan pulang ke tempat asal mereka atau bercuti di mana-mana tetapi kau tidak seperti mereka. Ada sesuatu berlaku kah?” Pelbagai persoalan yang sedang berlegar-legar di fikiran aku tetapi tiada satu pun jawapan diberikan. Wajah Khairul sudah mula tegang dan akhirnya kami menyepi sahaja. Pada ketika itu, pelayan yang mempunyai tubuh badan tegap berjalan ke arah kami sambil membawa makanan yang baru sebentar tadi kami memesannya. Lalu, meletakkan makanan tersebut di atas meja dengan penuh hormat dan sopan. Kemudian, pelayan tersebut beredar dan kami mula menjamu selera.
“Aku
tidak mahu pulang. Ibu bapa aku sentiasa sibuk dengan kerja mereka. Alang-alang
aku di negara orang, biarlah aku menetap di sini untuk menghilangkan kesunyian
dan kesepian yang aku rasai selama ini,” ujarnya. ‘Haih. Sedih pula hati aku mendengar
kisah dia,’ bisik hatiku.
Selesai
sahaja menjamu selera, kami pergi ke perpustakaan untuk berbincang bersama
berkenaan assignment yang harus kami
buat. Perpustakaan tersebut lebih kurang 1 kilometer dari kuliah kami. ‘Besar
juga universiti ini. Kenapalah aku baru sedar perkara ini,’ bisikku di dalam
hati. Sepanjang perjalanan ke perpustakaan, kami berdua langsung tidak bercakap
walaupun sepatah. Khairul melayari internet menggunakan handphone yang berjenama ‘Samsung’ miliknya manakala aku hanya diam
seribu bahasa. Beberapa minit kemudian,
“Naqib,
ibu bapa kau kerja apa? Sudah lama aku ingin menanyakan perkara ini kepada
engkau,” ujarnya. Pada ketika itu, aku menatap wajahnya yang sayu walaupun dia sedang
fokus melihat skrin handphone
miliknya. Namun, penglihatan ku teralih apabila dia melihat aku juga. Tanpa
berfikir panjang, aku segera menjawab soalan yang diajukan sebentar tadi.
“Ayah
aku bekerja sebagai seorang guru sekolah menengah. Ibu aku pula hanyalah
seorang suri rumah yang taat,” jawabku dengan penuh bangga dan keyakinan.
Kebanyakan generasi muda pada abad ini malu untuk memberitahu pekerjaan orang
tua mereka sendiri sedangkan pekerjaan itu halal di sisi Islam.
“Seronoknya.
Jika bapa kau tiada di rumah, ibu kau pasti akan luangkan masa dengan
anak-anaknya,” ujar Khairul. Lantas, aku memalingkan kepalaku kepada rakanku
itu. Wajahnya kelihatan sungguh sayu seperti orang yang kehilangan sesuatu yang
bermakna dalam hidupnya.
“Apa
yang seronok? Jika abang atau kakak aku pergi kerja, sudah pasti akulah orang
yang harus bertanggungjawab membersihkan rumah. Kalau tidak, aku dimaki hamun
dan dimarahi dengan teruk. Benci betul.” Pada ketika itu juga, aku melihat raut
wajahnya. Dia kelihatan sungguh gembira selepas aku menceritakan suasana
keluargaku. Selepas itu, kami menyepi buat seketika. Untuk mengelak daripada
suasana sepi itu, aku dengan beraninya mengajukan soalan.
“Ibu
bapa kau pula kerja apa?” Kami diam sekali lagi. Beberapa minit kemudian,
“ayah
aku kerja sebagai seorang arkitek yang berjaya manakala ibu aku pula kerja
sebagai seorang pensyarah yang dikenali ramai.” Terkejut aku dibuatnya. Ibu
bapa dia sungguh bercita-cita besar. Pada pandangan aku, sesiapa sahaja yang
mendapat pekerjaan seperti itu sungguh amat beruntung sehingga tidak terkata.
“Tidak
perlulah terkejut seperti itu. Bagi aku, kehidupan seperti kau lagi beruntung
dan bertuah berbanding kehidupan seperti aku,” ujarnya.
“Kau rasa begitukah?” tanyaku kehairanan.
“Ya. Aku terasa kehidupan aku sungguh sunyi seperti tinggal sebatang kara,” ujarnya dengan penuh geram. Tergelak aku dibuatnya.
“Jika begitu, aku berniat mengajak kau pulang ke tempat kelahiran aku. Mahu?” Lantas, Khairul, rakanku itu tersenyum keriangan. Mungkin sahaja dia ingin merasai hubungan kekeluargaan jika mengikuti aku pulang ke tempat kelahiranku.
“Kau rasa begitukah?” tanyaku kehairanan.
“Ya. Aku terasa kehidupan aku sungguh sunyi seperti tinggal sebatang kara,” ujarnya dengan penuh geram. Tergelak aku dibuatnya.
“Jika begitu, aku berniat mengajak kau pulang ke tempat kelahiran aku. Mahu?” Lantas, Khairul, rakanku itu tersenyum keriangan. Mungkin sahaja dia ingin merasai hubungan kekeluargaan jika mengikuti aku pulang ke tempat kelahiranku.
Hari
berganti hari, minggu cuti telah pun menjelang. Kebanyakan mahasiswa telah pun
pulang ke pangkuan keluarga mahupun bercuti bersama rakan-rakan yang lain manakala
aku pula ditugaskan untuk menyiapkan segala assignment
yang masih tertunggak meskipun minggu cuti menjelang tiba. “Hei, Naqib. I hope you would finish all your
work. Good luck for your best!” Aku hanya mampu melambaikan tangan kepada
rakan sebilikku itu dengan senyuman kambing. Sepi benar aku rasakan apabila
teman-temanku tiada di sini walaupun baru sahaja minggu cuti bermula.’Rindu
pula pada mereka. Harap dapat berjumpa dengan mereka lagi.’ Untuk tidak
melengahkan masa lagi, aku segera menuju ke meja belajarku tetapi tiba-tiba
sahaja seseorang telah pun masuk ke bilikku tanpa mengetuk pintu sekalipun.
Alangkah terkejutnya apabila aku mendapati bahawa Khairul masih belum bercuti
lagi.
“Khairul,
mengapa kau masih berada di sini? Bukankah minggu cuti telah pun menjelang?”
tanyaku kehairanan. Lantas, raut wajah Khairul berubah.
“Bukankah
kau sudah berjanji ingin membawa aku pulang ke kampung halaman kau? Kau tidak
ingatkah?” kemudian, dengan perlahan-lahan aku kembali mengingatinya.
“Oh,
ya! Maaflah. Baru-baru ini aku selalu lupa walaupun perkara itu tidaklah
terlalu penting,” gelakku.
Khairul
hanya mampu tersenyum kepada ku seolah-olah aku sedang membuat jenaka.
Kemudian, aku segera menyelesaikan tugasanku yang hampir siap manakala Khairul
membersihkan dan mengemaskan barang-barangnya bagi membuat persiapan untuk
bercuti. Aku sudah dapat membaca kegembiraan yang dirasai oleh Khairul melalui
riak wajahnya sahaja. Bukan itu sahaja, malah dia juga bernyanyi dengan penuh
kegirangan walaupun suaranya agak tidak kedengaran. Dalam pada masa itu juga,
aku tetap fokus melaksanakan tugasanku dengan secepat yang mungkin. Pada jam
7.00 malam, assignment ku telah pun
selesai. Gembira sungguh aku dibuatnya tanpa disedari siang telah pun berlabuh.
Kegembiraan yang ku rasai itu semakin pudar dan aku seperti tidak bersemangat
lagi.
“Naqib?
Apa yang berlaku? Kenapa muka kau kelihatan masam?” Tanya Khairul kehairanan.
“Adakah
aku berpeluang untuk menziarahi keluargaku? Aku takut jika aku tidak dapat
berjumpa dengan mereka,” keluhku bagi melepaskan kekecewaan.
“Ish,
kau ini! Aku pasti kau akan dapat berjumpa dengan keluarga kau. Lagi pun, assignment kau sudah selesai. Tidak
perlulah kau risau lagi,” ujarnya untuk menenangkan aku. Terharu aku dibuatnya.
Lalu, aku memeluk Khairul dengan erat dan mengucap bebanyak terima kasih
kepadanya kerana telah memberi dorongan yang baik terhadap aku.
“Adoi!
Aku tahu kau senang mendengar kata-kata aku tetapi pelukan kau ini terlalu eratlah!
Tolong lepaskan aku,” rintihnya.
“Maaf,
maaf! Aku terlalu gembira sehinggakan tidak sedar perlakuan aku sendiri.”
Kemudian, kami berdua gelak bersama-sama akan reaksi spontan ku itu. Setelah
puas kami bergelak ketawa, kami pun segera menunaikan solat Maghrib bersama di
dalam bilik yang kami tinggal itu.
Keesokan
harinya, selepas sahaja kami bersiap-siap membersihkan diri dan mengerjakan
perkara wajib, kami berdua memeriksa semula barang-barang yang perlu dibawa.
Setelah semua barang-barang keperluan telah mencukupi, kami berdua bergegas
menuruni tangga asrama tersebut dengan berhati-hati agar tidak tergelincir
mahupun terjatuh. Kemudian, kami berdua berjalan keluar dari universiti itu
lalu menuju ke stesen bas yang berdekatan. Sesampai sahaja di situ, kami terus
melabuhkan diri di kerusi yang telah disediakan. Penat sungguh kami dibuatnya.
“Khairul,
kau tiada adik-beradik kah?” tanyaku kepadanya bagi memecahkan kesepian
sebentar tadi.
“Aku
anak tunggal dalam keluarga. Sebab itu aku sungguh cemburu dengan kehidupan kau
walaupun sederhana sahaja,” ujarnya dengan suara yang perlahan.
Beberapa
minit kemudian, aku terlihat sebuah teksi sedang memandu perlahan berdekatan
stesen bas itu. Lantas, aku melambaikan tangan pada teksi itu supaya berhenti.
Selepas sahaja teksi itu berhenti, aku mengajak Khairul menaiki teksi itu
bersama dengan segera supaya kami dapat sampai di airport tepat pada masanya. Apabila setibanya kami di airport pada jam 9.00 pagi, kami segera
membawa masuk barang-barang kami. Berdebar-debar aku dibuatnya setelah
melangkah masuk ke airport itu. Ini
merupakan kali kedua aku menjejakkan kakiku di situ. Beberapa hari yang lepas,
aku dan Khairul telah pun membeli tiket penerbangan dari Jepun ke Malaysia.
Mujur sahaja kami sudah membeli tiket itu. Kalau tidak, pasti sudah berkecamuk
aku dibuatnya.
“Sementara
menunggu penerbangan kita, apa kata kita membeli makanan untuk mengisi perut
yang masih kosong ini?” ujarku kepada Khairul.
“Bagus
juga idea itu. Jom!” balasnya dengan penuh kegirangan.
Segera
kami membeli makanan di kedai berdekatan. Alangkah terkejutnya sejurus selepas
aku sampai di kedai itu. Makanan yang dijual di situ mahal tidak terkata.
“Naqib,
kenapa kau masih tidak memilih makanan lagi?” Tanya rakanku kehairanan.
“Tiba-tiba
sahaja aku rasa tidak mahu makan. Aku akan beli makanan nanti jika aku lapar. Aku
tunggu kau di sana, ya?” ujarku. Ketika itu, aku terpaksa menahan kelaparan
disebabkan makanan terlalu mahal sehinggakan roti yang tidak sebesar mana pun tetapi
harganya tinggi melambung. Aku tertanya-tanya bagaimanalah orang yang tinggal
di negara ini dapat hidup dengan selesa? Dalam lamunan aku itu, tiba-tiba
sahaja seseorang telah menarik lenganku sebaik sahaja aku menuju ke tempat
duduk yang berdekatan kedai tersebut.
“Benarkah
kau tidak mahu membeli makanan? Kau sedang berbohong, kan?”
“Kenapa
aku mahu tipu kau pula? Aku memang tidak ada selera untuk makan. Janganlah
terlalu risau tentang aku.” Gelisah sungguh aku dibuatnya ketika dia menanyakan
sekali lagi kepada aku.
“Sudahlah
kau. Janganlah berbohong lagi dengan aku. Aku tahu kau tidak cukup wang. Kalau
kau dalam kesusahan, janganlah segan silu untuk meminta tolong dengan aku.
Apatah lagi tentang wang,” terangnya kepada ku.
Aku
malu sehinggakan tidak sanggup mengangkat muka. Kemudian, aku dipaksa untuk
memilih makanan sejurus selepas kami sampai di kedai itu semula. Selesai sahaja
kami membeli makanan, kami terus menuju ke tempat duduk di mana terletaknya
barang-barang kami. Beberapa minit selepas itu, pemberitahuan bahawa penerbangan
kami akan berlepas tidak beberapa lama lagi. Kami bergegas menuju ke lokasi
pemeriksaan di airport itu.
Sepanjang
aku berada di dalam kapal terbang, aku hanya menikmati pemandangan keindahan
semula jadi bagi menghilangkan kebosanan. Aku terfikir berapa lama lagikah kami
akan sampai ke Malaysia? Walaupun begitu jawapannya masih tidak diketahui.
Ingin juga melelapkan mata tetapi tetap tidak boleh. Jika aku dalam perjalanan
ke mana-mana sekalipun, aku tetap tidak boleh melelapkan mata. Mungkin kerana
aku sudah terbiasa tidak dapat melelapkan mata ketika dalam perjalanan. Pada
ketika itu, Khairul mengigau dan dia juga menggeliat menghadap aku. ‘Haih.
Comel pula cara dia tidur,’ bisikku di dalam hati. Tiba-tiba sahaja, rakanku
itu mencelikkan matanya selepas menggeliat sebentar tadi. Segera aku
memalingkan penglihatanku ke arah tingkap yang berada di sisi ku. Walaupun aku
tidak melihatnya tetapi aku boleh mendengar suaranya ketika dia menguap.
“Naqib,
kau tidak tidur langsungkah?” ujar Khairul.
“Aku
tidak boleh melelapkan mata walaupun aku sudah cuba,” ujarku dengan tenang.
Pandanganku kini beralih semula kepada Khairul.
“Pelik
betullah. Selalunya, orang akan terlelap jika terlalu lama perjalanan,” dia
membuat muka hairannya kepada aku.
“Entahlah.
Aku sudah terbiasa,” jawabku mudah.
Dalam
pada masa yang sama, aku melemparkan senyuman sambil mataku tertutup. Walaupun
begitu, raut wajahnya tidak memberikan apa-apa tindak balas. Kemudian, dia menyuap
masuk kentang goreng ke dalam mulutnya bagi mengalas perut. Selepas itu, kami
berdua tidak bercakap dan hanya diam membisu sambil melakukan aktiviti
masing-masing. Dalam situasi ini, aku tidak suka terlalu banyak bercakap. Aku
akan berasa mual dan loya.
Selepas
7 jam berada di dalam kapal terbang, kami telah pun sampai ke destinasi dengan
selamat. Aku dan Khairul berjalan masuk ke Malaysia airport sambil memakai cermin mata hitam. Sejujurnya, cermin mata
hitam yang aku pakai itu bukanlah milik aku, malah milik rakanku, Khairul.
Setibanya kami di airport itu, kami
berdua membuka cermin mata hitam itu serentak dengan penuh bergaya seperti
seorang artis yang terkenal. Gembira sungguh aku dibuatnya bagai sebuah mimpi.
“Apa
yang kau sedang buat itu? Cepatlah ambil barang-barang kau. Takkanlah aku yang
harus angkat semua barang kau?” ujarnya.
“Boleh
juga! Tak payahlah susah-susah aku angkat barang-barang aku,” kataku.
“Amboi,
banyak cantik muka kau! Aku tidak ingin angkat barang-barang yang banyak itu.
Kalau sedikit tidak apa,” keluhnya. Raut wajahnya kini masam mencuka.
“Aku bergurau sahajalah. Aku bukannya jahat
sangat seperti mak tiri,” gurauku untuk menghiburkan dia.
“Banyak
pula kau cakap hari ini. Cepatlah! Nanti lewat pula tiba di rumah kau,” ujarnya
sambil berjalan keluar dari airport
setelah mengambil barang-barangnya dan meninggalkan aku di belakang. ‘Amboi,
cepat benar dia berjalan! Mengalahkan mak aku.’ Selepas aku mengambil
barang-barang, aku bergegas mengejar Khairul yang kini berada jauh di hadapan.
Setelah keluar dari airport, kami
menaiki sebuah teksi yang diletakkan di hadapan pintu keluar. Kemudian, kami
memasukkan barang-barang kami ke dalam but teksi itu. Setelah selesai, pemandu
teksi itu memandu kereta menuju ke rumah ku yang terletak di Taman Damansara,
Kuala Lumpur. Dalam perjalanan itu, aku melihat raut wajah Khairul semakin
ceria dan gembira berbanding sebelum ini. Kemudian, aku bercadang untuk
mengusiknya dalam lamunan kegembiraanya itu.
“Amboi,
ceria sungguh kau! Jealous pula aku
dibuatnya,” usikku.
“Mana
ada! Aku bukannya gembira sangat pun,” Khairul sengaja mengelakkan diri
daripada usikkan aku sebentar tadi. Seketika itu, wajahnya bertukar merah
menahan malu.
“Sedih
aku. Sanggup kau berkata begitu, Khairul. Kalau kau tidak gembira dengan ajakan
aku, tidak usahlah kau terima,” aku berpura-pura sedih. Aku terfikir
bagaimanalah reaksi Khairul setelah aku berkata sedemikian.
“Aku
bergurau sajalah! Janganlah ambil hati. Aku gembira dengan ajakan kau ini,”
ujarnya malu.
“Aku
tahu. Aku saja ingin mengusik kau tadi,” gelakku.
“Kau
ini! Buat malu aku sajalah,” ujarnya dengan nada yang geram. Kemudian, aku tergelak
sakan akan reaksinya itu. Tidak ku sangka Khairul yang tenang seperti seorang
yang tidak mempunyai perasaan boleh bertukar menjadi seorang yang malu-malu
kucing. Selepas usikan aku itu, dia hanya diam membisu. Mungkin sahaja malunya
menebal.
Beberapa
jam kemudian, kami telah pun sampai di rumah orang tua ku yang bewarna biru
laut. Sesampai sahaja di sana, aku dan Khairul mengeluarkan segala
barang-barang kami dari but teksi itu. Kemudian, kami dengan perlahan-lahan
berjalan masuk setelah membuka pagar rumah itu.
“Assalamualaikum!”
teriakku. Kemudian, seorang gadis berumur 20-an membuka pintu sambil menjawab
salam ku.
“Waalaikumussalam.
Naqib, kau dah balik!” kemudian, dia memelukku dengan penuh erat.
“Akak,
ibu mana?” tanyaku.
“Ibu
ada di dapur. Kau masuk dahululah. Akak panggilkan ibu sekejap,” kemudian, dia
berlari mendapatkan orang tua ku itu secepat yang mungkin.
Kemudian,
aku melangkah masuk bersama rakanku itu. Terketar-ketar dia ketika melangkah
masuk. Tidak berapa lama kemudian, belum sempat aku melabuhkan diri, orang tua
ku itu terus memelukku dari belakang.
“Anak
ibu sudah balik. Rindu benar ibu pada kamu, Qib,” ujarnya dalam esakan
tangisannya itu.
“Qib
pun rindu benar pada ibu,” balasku sambil mengesat air mata yang berjujuran di
pipi ibuku yang tersayang.
“Kenapa
Qib tidak call ibu? Kalau Qib call, bolehlah ibu masak sedap-sedap
untuk Qib,” ujarnya.
“Qib
saja tidak mahu memberitahu ibu dan yang lain tentang Qib nak balik. Nak buat surprise sikit untuk family Qib yang tersayang ini,” aku
memeluk kembali ibuku itu sambil menciumnya di pipi. Ketika aku sedang dibuai
perasaan kasih ibuku, kakak mengalihkan pandangannya ke arah rakanku, Khairul.
“Siapa
tu, Naqib? Rakan kau kah?” tanyanya dengan penuh kehairanan.
“Ya,
kawan Naqib. Kenalkan, ini Khairul,” ujarku.
Kemudian,
rakanku itu hanya menundukkan kepalanya sahaja kerana menurut Islam, perempuan
dan lelaki yang muhrim tidak boleh bersentuhan mahupun bersalaman. Pada ketika
itu, ibuku melemparkan senyuman manisnya kepada rakanku itu. untuk tidak
melengahkan masa lagi, ibuku mengajak kami berdua makan tengah hari
bersama-sama. Rindu benar aku dengan suasana di rumah walaupun baru setahun aku
melanjutkan pelajaran. Sesampai sahaja di meja makan, aku melihat juadah
makanan yang tersedia di atas meja. Melihat sahaja makanan tersebut sudah
mendatangkan selera aku. Segera aku mengambil tempat duduk kegemaranku.
Walaupun sudah setahun tidak berada di rumah tetapi segala kegemaranku di rumah
ini aku masih ingat dan tidak lupa. Pada ketika itu, aku lupa akan rakanku,
Khairul. Tiba-tiba sahaja ibuku sergah aku.
“Naqib,
kenapa kamu tidak ajak Khairul sekali? Kasihan dia,” ujar ibuku dengan nada
yang lembut.
“Eh!
Qib ingat dia ikut sekali kita ke dapur.” Kemudian, tidak semena-mena aku harus
pergi mendapatkan rakanku, Khairul di ruang tamu. Sesampai sahaja di situ, aku
melihat dia asyik benar termenung. Aku tertanya-tanya apa yang sedang dia
menungkan itu?
“Khairul,
jom makan sekali dengan aku. Pasti kau akan suka dengan masakan ibu aku,”
ujarku dengan wajah yang ceria.
“Baiklah,”
balasnya.
“Kau
ada apa-apa masalah kah? Mahu aku tolong?” tanyaku kerisauan. Sejak dari tadi,
dia asyik benar termenung. Sehinggakan menimbulkan tanda tanya di hatiku.
“Tidak
ada apa-apalah,” ujarnya.
Untuk
tidak memaksanya lagi, aku kembali ke ruang makan bersama Khairul. Enak benar
Khairul makan masakan ibuku seperti orang yang tidak makan setahun lamanya.
Kami yang melihatnya itu hanya membiarkan sahaja. Aku, ibu dan kakak
berpandangan antara satu sama lain sambil berbalas-balas senyuman tanpa
pengetahuan Khairul. Selesai sahaja kami makan, aku mengajak Khairul berehat di
bilikku yang terletak di tingkat atas. Aku dan Khairul mengangkat barang
masing-masing untuk dibawa ke bilik. Beberapa minit selepas kami memasukkan
barang-barang kami ke dalam bilik, aku kembali ke tingkat bawah dan
meninggalkan Khairul bersendirian di dalam bilik. Aku menyuruhnya untuk berehat
selepas berjam-jam lamanya perjalanan kami untuk ke pulang ke tanah air.
Selepas aku menuruni tangga, tiba-tiba kakak menarikku ke ruang makan. Dia juga
memaksa aku duduk serta merta tanpa bantahan seperti aku dalam tahanan polis.
Kemudian, kakak dan mak duduk di hadapanku secara tiba-tiba.
“Naqib,
siapa dia itu sebenarnya? Mak lihat dia sungguh pelik dan aneh. Pakaiannya
kelihatan segak dan bergaya seperti orang kaya,” ujar ibuku panjang lebar. Aku
pula hanya memandang mereka berdua dan tidak memberikan apa-apa tindak balas.
“Kau
ini tiada mulutkah? Ibu tanya siapa sebenarnya Khairul itu?” tegas kakak. Tidak
semena-mena, aku dipaksa untuk menjawab soalan yang diajukan oleh kakak dan
mak.
“Sebenarnya,
dia itu anak orang kaya,” jawabku.
“Kenapa
kamu boleh ajak orang kaya datang ke rumah kita?” Tanya ibuku kehairanan.
“Naqib
kasihan pada dia ibu. Family dia tak
mengendahkan dia. Selalu sahaja sibuk dengan duniawi sampai tidak ingat anak
sendiri,” terangku jujur.
Aku
berasa kurang berpuas hati dengan kakak dan ibu kerana mengajukan soalan yang
menaikkan kemarahanku. Aku terfikir salahkah tindakan aku? Kemudian, mereka
berdua menggelengkan kepala sahaja di hadapan aku manakala aku terkejut dengan reaksi
mereka. ‘Apakah makna tindakan kakak dan ibu ini?’ bisikku di dalam hati.
“Kamu
ini, Naqib. Sebagai sahabat, seharusnya kamu memberikan kata-kata semangat
bukan menegakkan sahaja apa yang dikatakan. Memang benar dia keseorangan tetapi
carilah cara bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini. Walaupun ibu bapanya
tidak menghiraukan atau mengambil tahu tentangnya selalu tetapi ibu bapanya
masih melayannya dengan baik. Mereka pasti sedang mencari alternatif untuk
meluangkan masa dengan anaknya,” hujah ibuku.
Hatiku
kini dipenuhi dengan perasaan bersalah yang menebal. Pada ketika itu juga, aku
teringat situasi Khairul yang sedang mengelamun di ruang tamu sebelum kami
menjamah juadah. Mungkin sahaja dia sedang memikirkan keadaan atau suasana di rumahnya
sebentar tadi. Dengan tidak semena-meneanya aku mengeluh di hadapan kakak dan
ibu aku.
“Maafkan
Naqib, ibu, kakak. Qib langsung tidak memikirkan tentang ini,” keluhku.
“Alhamdulillah, kamu sudah sedar, nak.
Bukan ibu berniat ingin menghalaunya dari rumah ini tetapi pada pandangan ibu,
mungkin dia sedang merindui keluarganya walaupun hubungan kekeluargaannya tidak
seakrab keluarga kita,” terang ibuku.
Kata-kata
mak telah membuatkan aku sedar betapa pentingnya hubungan kekeluargaan walaupun
terdapat jurang perbezaan antara hubungan tersebut. Kemudian, aku membuat
keputusan untuk berbincang tentang perkara ini bersama Khairul. Aku tidak mahu
menjadi penghalang antara dia dan keluarganya. Aku menaiki tangga dengan penuh debaran di dada. Sesampai sahaja di
bilikku, aku melihat Khairul masih mengelamun. ‘Adakah dia mengelamun dari tadi
lagi?’ bisikku di hati. Sedih benar melihat keadaannya pada waktu itu. Untuk
tidak melengahkan masa lagi, aku masuk ke bilik dengan megetuk pintu ketika dia
sedang terbaring di atas katil sambil meletakkan tangannya di belakang kepala.
“Eh,
Naqib! Kau pergi ke mana tadi?” tanya Khairul.
“Aku
berbual-bual sebentar dengan ibu aku. Boleh aku tahu apa yang kau lamunkan
sebentar tadi?” tanyaku dengan penuh berhati-hati.
“Tidak
ada apa-apalah. Lagipun, tidak penting. Janganlah kau risaukan sangat,” ujarnya
dengan nada yang agak sayu.
“Kau
sedang memikirkan tentang keluarga kau, kah?” tanyaku sejurus selepas aku
menghempaskan diriku ke atas katil.
“Bagaimana
kau tahu?” tanyanya dengan penuh kehairanan.
“Khairul,
aku sarankan kau pulanglah ke pangkuan keluarga kau. Pasti mereka juga merindui
kau, Khairul. Sejujurnya, keluarga aku juga sesibuk seperti keluarga kau dahulu.
Kami adik-beradik setiap hari terasa kesunyian dan kesepian di rumah. Setiap
hari juga aku terfikir mungkin sahaja mereka terlalu mengejar akan duniawi
sehingga lupa akan keluarganya dan tanggungjawab mereka,” ceritaku dengan penuh
harapan. Walaupun hatiku ini terasa pilu ketika menceritakan semula kisah
keluarga tetapi aku tabahkan hati. Pada ketika itu, aku masih lagi menatap
wajah Khairul yang kesepian itu.
“Apa
yang terjadi terhadap keluarga kau selepas itu?” Tanya Khairul ingin tahu.
“Ibu
aku dahulu bekerja sebagai cef manakala ayah aku masih bekerja sebagai seorang guru
sekolah menengah. Tetapi suatu malam ibu dan ayah aku berbincang berkenaan
dengan pekerjaan mereka. Pada ketika itu, aku tidak dapat mendengar dengan
jelas apa yang mereka bincangkan tetapi keesokan harinya ibu aku telah berhenti
bekerja sebagai cef dan mengambil keputusan untuk menjadi seorang suri rumah
yang taat,” jelasku. Khairul terkejut. Kemudian, kami diam untuk seketika. Pada
ketika itu, kakak dan ibuku berdiri di luar dinding bilikku. Mereka mendengar
apa yang kami bincangkan. Tidak semena-mena ibuku menangis di bahu kakak
setelah perbincangan antara aku dan Khairul selesai. Kami senyap buat seketika
untuk memberikan peluang kepada Khairul buat keputusan.
“Naqib,
aku sudah bertekad untuk pulang ke pangkuan mereka. Terima kasih kerana telah
menyedarkan aku. Aku sungguh menghargai kebaikan kau.” Kemudian, dia mengemaskan
barang-barangnya. Sesampai sahaja di hadapan pintu rumah, kami bersalam-salaman
bagi menandakan perpisahan antara dia dan aku.
“Terima
kasih atas layanan baik makcik dan akak Naqib terhadap saya dan saya juga ingin
memohon maaf atas kesilapan yang telah saya lakukan,” ujar Khairul dengan
lembut.
“Tidak
mengapa. Semua manusia di dunia ini tiada yang sempurna, Khairul. Jika sudah
buat kesilapan, minta maaf dengan segera. Jangan sampai orang lain benci pada
kita,” nasihat ibuku kepada Khairul dengan penuh kelembutan seperti menasihati
seorang anak.
“Baiklah.
Saya akan sentiasa mengingati nasihat makcik,” ujarnya.
Beberapa
minit kemudian, teksi yang kami telefon telah pun sampai dan diparkir di
hadapan rumah aku. Sesampai sahaja ke kereta itu, aku membantu Khairul
memasukkan barang-barangnya ke dalam but kereta. Setelah selesai, Khairul
segera memasukkan badannya ke dalam teksi itu dengan berhati-hati.
“Khairul,
jangan lupakan aku tau. Jumpa di universiti nanti!” lambaiku kepadanya.
“Ya!
Jumpa lagi, Naqib!” balasnya sambil melambaikan tangannya ke arah kami
sekeluarga.
Kemudian,
pemandu teksi itu pun memandu semula setelah diarahkan oleh Khairul. Setelah
kelibat teksi itu hilang, kami sekeluarga segera masuk ke rumah dengan harapan
yang tinggi terhadap Khairul. ‘Aku berharap rindu dan kasih sayang terhadap ibu
bapanya tidak akan berubah sehingga ke akhir hayatnya,’ bisik hatiku. Dalam
pada masa yang sama, Khairul juga berharap perkara yang serupa seperti mereka.
Sepanjang perjalanan itu, Khairul memikirkan apa yang akan terjadi selepas itu
jika dia pulang. Walaupun begitu, jawapannya masih tidak dapat ditemui tetapi
debaran di hati untuk pulang ke pangkuan keluarganya semakin laju. ‘Mama, papa
maafkan Khairul. Khairul akan pulang dan akan berjumpa dengan mama dan papa
tidak lama lagi!’ bisik hatinya ketika dalam perjalanan untuk pulang ke
pangkuan keluarganya.
No comments:
Post a Comment